Now Reading
AKLEH & DUKE Akan Ditutup Sempena KLSCM 2023

AKLEH & DUKE Akan Ditutup Sempena KLSCM 2023

Standard Chartered Marathon 2023 (KLSCM2023) akan berlangsung pada Sabtu & Ahad ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Sabtu dan Ahad ini (30 September & 1 Oktober 2023), lebuh raya bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH) dan lebuh raya Duta – Ulu Kelang (DUKE) merupakan jalan utama yang akan ditutup bersempena dengan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023.

Menurut laporan, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula dari Dataran Merdeka itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 25,000 orang peserta dari dalam dan luar negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan bermula 12 tengah malam hingga 11 pagi. Manakala, KLSCM 2023 pada Sabtu pula akan melibatkan penutupan sebanyak 12 jalan, antaranya:

  • Jalan Raja (Dataran Merdeka) menuju Jalan Raja Laut.
  • Jalan Sultan Ismail.
  • Jalan Dang Wangi.

Selain itu, Jalan Ampang arah ke pusat bandar, Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen serta Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah dan Bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Mengulas lanjut, pada hari Ahad pula (1 Oktober), sebanyak 29 jalan ditutup antaranya AKLEH dan DUKE (dari arah Ulu Kelang sehingga ke Tol Duta).

Jalan lain termasuk Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak, Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR, sepanjang Jalan Sultan Ismail kedua-dua hala, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari bulatan Kg Pandan dan Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC.


Jalan Bakal Ditutup Sempena Petronas Le Tour Langkawi Malaysia 2023 (LTDL 2023)

Tambahan pula, selain KLSCM 2023, pihaknya menutup jalan sempena Petronas Le Tour Langkawi Malaysia 2023 (LTDL 2023) yang telahpun memulakan perlumbaan sejak Sabtu lepas di Kerteh, Terengganu dan bakal berakhir di KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Oktober.

Perlumbaan itu akan melalui beberapa jalan utama di ibu negara dan sembilan jalan akan ditutup.

(Antaranya) Jalan Jelatek ke Jalan Ampang di pusat bandar dan ke Jalan Kg Pandan, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang bermula di hadapan bangunan PNB, dari persimpangan Jalan Sultan Ismail Jalan Ampang ke persimpangan Jalan Ampang Jalan Yap Kwan Seng. Kesemua penutupan dan lencongan jalan terbabit akan bermula pada 3.15 petang hingga 4.15 petang.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Rancang Perjalanan

PDRM menasihati orang ramai yang ingin melalui jalan tersebut supaya merancang perjalanan dan memberi kerjasama kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran aliran trafik kawasan terlibat.

Pengguna jalan raya boleh menghubungi Hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071 9999/03-2071 9777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur atau Facebook Trafik Kuala Lumpur untuk sebarang pertanyaan.

Sumber: Astro Awani | Facebook Polis KL


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd