Now Reading
Decathlon Malaysia Pasang Sistem Solar PV Di Bumbung Gedung Terbesar Di Shah Alam

Decathlon Malaysia Pasang Sistem Solar PV Di Bumbung Gedung Terbesar Di Shah Alam

Strategi kelestarian hartanah Decathlon Malaysia dibina atas konsep ‘Reduce – Replace – Rebuild’.

decathlon malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Decathlon Malaysia memaklumkan telah memasang sistem solar photovoltaic (PV) atas bumbung di salah sebuah gedung terbesar mereka iaitu di Decathlon Shah Alam.

Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia, Arnaud Sauret menegaskan bahawa Decathlon Malaysia komited dalam usaha memacu kelestarian tenaga.

Keyakinan kami terhadap potensi sukan dalam usaha memacu matlamat kelestarian kami sentiasa utuh. Dengan memperkasakan orang ramai untuk bersukan mengikut kemampuan diri masing-masing, kami berusaha untuk membina keadaan semasa dan masa depan yang lebih mapan dan ceria untuk generasi akan datang. Ia bukan sahaja menuntut  kita untuk menghargai bidang perniagaan kita yang tidak ternilai ini, tetapi turut menuntut pemupukan nilai kemanusiaan yang lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia, Arnaud Sauret.

Ia juga mencerminkan usaha Decathlon dalam mengukuhkan inisiatif alam sekitar dan kelestarian selaras dengan matlamat mereka iaitu mencapai 100% tenaga boleh diperbaharui di semua kedai dan gedung menjelang 2026 (mematuhi garis panduan RE100), serta mencapai pelepasan sifar bersih global menjelang 2050.

Menurut Ketua Pengembangan Decathlon Malaysia, Atul Gupta, “Dengan inisiatif ini, kami dapat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 38% setahun di gedung kami di Shah Alam. Selepas ini, semua kedai kami yang bersendirian akan dilengkapi dengan panel solar atas bumbung.”


Inisiatif Direalisasikan Menerusi MoU Bersama Solarvest

Inisiatif ini berjaya direalisasikan menerusi penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pakar tenaga bersih berpangkalan di Malaysia, iaitu Solarvest Holdings Berhad (Solarvest).

Dengan wawasan Solarvest untuk membekalkan dunia dengan tenaga yang dijana semula, syarikat itu terlibat dengan keseluruhan rantaian nilai tenaga bersih merangkumi pembangunan, pembiayaan, kejuruteraan, pembinaan, dan penyelenggaraan aset solar PV.

Selain itu, ia turut memulakan pelan hala tuju strategik bagi menerokai penyelesaian lestari baharu merentasi ekosistem tenaga bersih, seperti sistem penyimpanan tenaga (ESS), sijil tenaga boleh diperbaharui (REC), hidrogen hijau, dan pusat data hijau.

Solarvest akan bekerjasama rapat dengan Decathlon Malaysia bagi tujuan pembekalan pemasangan sistem tenaga boleh diperbaharui di kedai-kedainya yang bersendirian pada masa depan, Perjanjian Pembelian Tenaga Maya (VPPA atau CGPP di Malaysia) dan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (I-REC atau TIGR) yang diperlukan untuk mencapai matlamat 100% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2026 dan mencatatkan pencapaian utama dalam pelan peralihan Decathlon Malaysia.


‘Reduce – Replace – Rebuild’

Menurut Gupta, strategi kelestarian hartanah Decathlon Malaysia dibina atas konsep ‘Reduce – Replace – Rebuild’ menerusi lima tonggak strategik:

  1. Pengurusan Tenaga: Mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kecekapan tenaga, kami melabur dalam teknologi kawalan dan perubahan sikap.
  2. Bangunan Hijau: Mengurangkan jejak karbon di semua kedai baharu, memastikan bahawa semua kedai Decathlon Malaysia mendapat Persijilan EDGE, persijilan bangunan hijau yang ditawarkan oleh International Finance Corporation (IFC). Bangunan yang diperakui oleh EDGE menggunakan 20% kurang tenaga, air dan bahan binaan untuk pembinaan dan operasi. 
  3. Tenaga Boleh Diperbaharui: Menggantikan penggunaan tenaga berkarbon tinggi dengan tenaga yang lebih rendah karbonnya.
  4. Mobiliti Hijau: Membantu membina semula sektor pengangkutan dengan menyediakan stesen pengecasan EV untuk kenderaan elektrik.
  5. Kepelbagaian Bio: Memulihara kepelbagaian habitat di dalam bandar.

Seperti yang dinyatakan dalam Pelan Peralihan Kumpulan Cecathlon 2020-2026, komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar melangkaui tenaga boleh diperbaharui dan kelestarian dalam bidang hartanah semata-mata. 

Kumpulan Decathlon mereka bentuk produk dengan memberi tumpuan kepada pengurangan bahan mentah, penggunaan komponen kitar semula dan pengintegrasian pendekatan baharu semasa proses pembuatan bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan air.

Pengguna boleh mengenali produk-produk ini dengan mudah melalui penggunaan label ECODESIGN pada penanda harga dan produk itu sendiri. Menjelang tahun 2026, 100% produk sukan mereka akan direka bentuk secara mesra ekologi dengan pelabelan alam sekitar.

Perkhidmatan baharu ini (Kehidupan Kedua, Baik Pulih, Sewa, Kitar Semula) mewakili usaha penting ke arah masa depan lestari lebih bermakna. Ia merupakan contoh peralihan kepada corak penggunaan bijak, bertanggungjawab dan cermat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd