Now Reading
Ibu Sarat Hamil Maut Lepas Motosikal Ditunggang Langgar Anjing

Ibu Sarat Hamil Maut Lepas Motosikal Ditunggang Langgar Anjing

Siasatan mendapati penunggang motosikal itu dikatakan dalam perjalanan dari sebuah kedai makan di Jalan Tampin-Gemas ke rumahnya di Kampung Keru Hulu.

remaja 13 tahun maut terjun dari pangsapuri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kejadian menyayat hati dilaporkan berlaku malam tadi (23 Ogos) di Tampin, Negeri Sembilan melibatkan seorang wanita yang sedang sarat hamil dengan usia kandungan enam bulan. Wanita berkenaan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya apabila motosikal yang ditunggang telah terbabas melanggar seekor anjing.

Menurut laporan, ketika kejadian pada jam 12 tengah malam di Jalan Keru-Batu Belang, Tampin itu, mangsa sempat dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun malangnya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2:10 pagi, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab, berkata difahamkan ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai makan di Jalan Tampin-Gemas ke rumah di Kampung Keru Hulu.

Kami menerima laporan kemalangan membabitkan sebuah motosikal ditunggang seorang wanita berusia 35 tahun dan difahamkan mengandung enam bulan.

Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Anuwal Ab Wahab.

Pihak polis menjelaskan mangsa dipercayai telah melanggar seekor anjing dan menyebabkan motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum terjatuh.

Akibat dari kemalangan itu, mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tampin untuk menerima rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

Pihak polis turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Tampin di talian 06-4431999.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd