Now Reading
PRN2023: SOCAR & TREVO Tawar Promosi Ekslusif Dengan Diskaun 40% & ‘Driver’ Khas Untuk Mudah Balik Undi

PRN2023: SOCAR & TREVO Tawar Promosi Ekslusif Dengan Diskaun 40% & ‘Driver’ Khas Untuk Mudah Balik Undi

SOCAR & TREVO bertujuan memastikan setiap warganegara dapat melaksanakan hak mengundi dengan selesa.

SOCAR TREVO

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


SOCAR & TREVO mengakui bahawa setiap pengundi adalah unik dan mempunyai keperluan pelbagai justeru komited untuk menyediakan pelbagai penyelesaian pengangkutan buat semua orang.

Menawarkan pelbagai kereta dengan harga berpatutan, SOCAR & TREVO memenuhi pelbagai keutamaan dan memastikan perjalanan selesa meskipun perjalanan jauh atau antara negeri.


SOCAR & TREVO Tawar Diskaun Untuk Balik Undi

SOCAR menawarkan promosi eksklusif kepada pelanggannya semasa tempoh penting ini. Gunakan kod JOMUNDI untuk mendapatkan diskaun 40% untuk tempahan minimum 2 hari atau kod AUGUST2H untuk SEWA 2 jam PERCUMA sekiranya membuat tempahan melebihi 6 jam.

Tawaran sah antara 2 hingga 15 Ogos 2023 dengan tempoh pemanduan antara 7 hingga 15 Ogos.

TREVO, pasar sewaan kereta komuniti juga menawarkan diskaun 25% dengan kod VOTEPRN25 – bermula dari RM80.00 untuk belanja minimum RM200.00 dan RM120 OFF untuk belanja minimum RM400.00, dengan kod VOTEPRN120 dari sekarang hingga 17 Ogos, dengan tempoh pemanduan yang sah hingga 21 Ogos.


Buddy Driver

Selain daripada promosi di atas, pihak mereka juga menyediakan perkhidmatan pemandu peribadi melalui Buddy Driver.

Dengan Buddy Driver yang boleh didapati melalui aplikasi TREVO, para pengundi dapat mengatasi cabaran mendapatkan parking di pusat mengundi yang sibuk. Biarkan pemandu yang dikhaskan untuk anda menangani isu parkir, dan fokuskan perhatian anda sepenuhnya untuk mengundi tanpa kebimbangan.

Pemandu ini akan mengendalikan semua logistik parkir, memastikan pengalaman penurunan dan penjemputan yang lancar, menjimatkan masa, dan memberikan ketenangan fikiran.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd