Now Reading
Bantuan Sara Hidup RM300 Diperluas Kepada Veteran Tidak Berpencen Mulai September Ini

Bantuan Sara Hidup RM300 Diperluas Kepada Veteran Tidak Berpencen Mulai September Ini

Bantuan Sara Hidup (BSH) diharapkan dapat menolong ramai tentera veteran tidak berpencen yang tidak mempunyai pendapatan atau pekerjaan tetap kerana usia sudah agak lanjut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bantuan Sara Hidup (BSH) bernilai RM300 akan diperluaskan kepada tentera veteran tidak berpencen dari umur 60 tahun dan ia mula berkuat kuasa pada bulan September ini. 

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata cadangan untuk melanjutkan bantuan kepada tentera veteran tidak berpencen dari umur 60 tahun dipersetujui ketika mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (7 Ogos).

Pelanjutan BSH akan memanfaatkan sejumlah 41,970 tentera veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM1.51 juta setahun.

Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Datuk Sharuddin Omar berkata inisiatif itu akan membantu meningkatkan pendapatan bulanan veteran yang telah berbakti kepada negara bagi meneruskan kehidupan mereka.

Ini kerana ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak mempunyai pendapatan atau pekerjaan tetap kerana usia lanjut selepas meninggalkan perkhidmatan.

Mesyuarat Pembaharuan Perkhidmatan Awam turut membincangkan perkara membabitkan penambahbaikan dan kebajikan penjawat awam khususnya status semakan semula skim saraan.

Kali terakhir Skim Saraan Perkhidmatan Awam disemak adalah pada tahun 2001 dan semakan terakhir skim gaji tersebut berlaku pada tahun 2013.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam dan RM200 untuk pesara kerajaan yang dijadualkan akan mula dibayar pada Khamis ini (10 Ogos).

Pada tahun ini, penjawat awam turut menerima kenaikan gaji tahunan tambahan khas sebanyak RM100, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bernilai RM700 dan Bantuan Khas Kewangan 2023 berjumlah RM700.

Pada 6 Jun 2022, hampir 2,000 tentera veteran mengadakan demonstrasi secara aman di Tugu Negara bagi meminta layanan yang lebih baik terhadap veteran tentera negara. (Sumber: Fail TRP).

Apa Maksud Veteran Tidak Berpencen?

Menurut Free Malaysia Today, anggota tentera dibenarkan untuk berhenti berkhidmat selepas tempoh 12, 15 atau 18 tahun kontrak tetapi tidak berkelayakan bagi mendapatkan pencen.

Semasa April 2021, bekas Menteri Pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mempertimbangkan kewajipan terhadap anggota tentera untuk berkhidmat selama 21 tahun bagi melayakkan mereka mendapat pencen.

Ismail turut menasihati tentera veteran tidak berpencen yang belum mendaftarkan diri dengan jabatan hal ehwal veteran supaya berbuat demikian untuk menerima bantuan khas secara ‘one-off’ sebanyak RM350 pada tahun tersebut.

Pada 6 Jun 2022 pula, kira-kira 2,000 veteran tentera telah mengadakan demonstrasi aman di Tugu Negara bagi menyeru layanan lebih baik diberikan kepada veteran tentera di negara ini.

Antara perkara yang ditekankan ketika demonstrasi itu termasuklah kajian semula kadar pencen dan bayaran pencen bagi mereka yang berkhidmat dalam angkatan tentera kurang daripada 21 tahun.

Artikel Berkaitan: Armed Forces Veterans Say They Received Approval For Demonstration & Question Police Probe

Artikel Berkaitan: [Watch] “If They Can’t Take Care Of Us, Step Down” Veterans Rallied At Tugu Negara Urging For Pension Review

Sumber: The New Straits Times | Free Malaysia Today


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd