Sunway Maklum Lencongan Trafik Di Lebuhraya Shah Alam (LSA) Bagi Kerja-kerja Pelancaran Jejantas Pejalan Kaki
Lencongan Trafik Sementara di LSA untuk Kerja-Kerja Pelancaran Jejantas Pejalan Kaki oleh Sunway pada 22 Julai 2023 dan 29 Julai 2023 dari pukul 11:00 malam hingga 5:30 pagi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kumpulan Sunway City Kuala Lumpur hari ini (21 Julai) memaklumkan kepada pengguna Lebuhraya Shah Alam (LSA) akan kerja-kerja pelancaran jejantas oleh pihak Sunway.
Kerja-kerja ini akan melibatkan lencongan trafik pada dua (2) hujung minggu yakni pada 22 Julai 2023 dan 29 Julai 2023 dari pukul 11:00 malam hingga 5:30 pagi. Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Justeru itu, bagi tarikh 22 Julai 2023, pengguna LSA adalah diminta merujuk kepada Pelan Skematik untuk lencongan laluan trafik seperti di bawah:

Panduan Perjalanan Laluan Alternatif Pada 22 Julai 2023

Sementara itu untuk kerja-kerja pelancaran jejantas pejalan kaki pada 29 Julai 2023 sila rujuk pelan skematik seperti di bawah:

Panduan perjalanan laluan alternatif pada 29 Julai 2023 semasa lencongan trafik dijalankan oleh pihak Sunway adalah seperti berikut:

Lencongan trafik sementara bagi tarikh 22 Julai 2023 dan 29 Julai 2023 ini turut melibatkan penutupan laluan ke pusingan-U sebelum Plaza Tol Sunway dan lorong motosikal.
Pengguna Lebuhraya Shah Alam (LSA) dinasihatkan agar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan. Sila hubungi talian bantuan KESAS di 03-5633 7188 atau Twitter @kesastrafik.
Perhatian Pengguna LSA!
— KESAS Traffic (@kesastrafik) July 21, 2023
Untuk makluman, Lencongan Trafik Sementara di LSA untuk Kerja-Kerja Pelancaran Jejantas Pejalan Kaki oleh Sunway pada 22 Julai 2023 dan 29 Julai 2023 dari pukul 11:00 malam hingga 5:30 pagi.
Sila rujuk hebahan siaran di bawah untuk maklumat lanjut. pic.twitter.com/pyvp73qyiT
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.