Now Reading
Lelaki Tunggang Motor Lawan Arus Hingga Jadi Punca Kematian Diperintah Jalani Ujian Psikiatri

Lelaki Tunggang Motor Lawan Arus Hingga Jadi Punca Kematian Diperintah Jalani Ujian Psikiatri

Syarat lain, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan lesen memandu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, pada 14 Jun lalu, seorang penunggang motosikal Ducati Panigale telah dilaporkan meninggal dunia akibat cedera parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat Lebuh Raya SUKE apabila dikatakan cuba untuk mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

BACA LANJUT: Suspect Who Caused Fatal SUKE Highway Crash Turns Himself In

Sumber gambar: Dashcam Owners Malaysia / Facebook

Hari ini (10 Julai 2023), tertuduh yang juga penunggang motosikal tular akibat melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang pengguna motosikal lain di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) telah diperintah untuk menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Majistret Amalina Basirah Md. Top telah memerintahkan demikian terhadap tertuduh iaitu Mudzyadaha Mohammad, 42, setelah dia mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan, selain membenarkan permohonan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK), Izleen Ismail mengikut Seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut pertuduhan, Mudzyadaha didakwa sebagai penunggang motosikal yang telah menunggang kenderaan tersebut dengan cara melawan arus jalan di mana setelah mengambil perhatian tentang segala hal keadaan merbahaya kepada orang awam dan telah menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal iaitu Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di kilometer 22.2 Lebuh Raya SUKE pada jam 1.10 tengahari pada 14 Jun 2023.

Mengulas lanjut, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan boleh dihukum di bawah peruntukkan akta sama, membawa hukuman penjara tidak kurang lima (5) tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.


Tertuduh Hadapi Masalah Mental

Terdahulu, ketika prosiding, peguam memaklumkan tertuduh adalah seorang pesakit mental yang juga orang kelainan upaya (OKU) dan mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Semasa kejadian, tertuduh tidak berfikir dengan waras sehingga berlakunya pelanggaran secara berlawanan arus jadi saya pohon pada mahkamah membenarkan untuk tertuduh menjalani ujian psikiatri dibawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Malaysia (YBGK), Izleen Ismail.

Oleh yang demikian, Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran tidak membantah dengan permohonan peguam tersebut.

Disebabkan tertuduh mengaku tidak bersalah dan permohonan peguam untuk tertuduh menjalani ujian pskiatri, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM15,000 dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran.

Walau bagaimanapun, setelah selesai mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Majistret Amalina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dan pada masa sama tertuduh menjalani ujian psikiatri.

Syarat lain, tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan dan lesen memandu diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Majistret Amalina.

Pihak mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 10 Ogos bagi sebutan semula kes dan laporan psikiatri tertuduh.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd