Now Reading
“I Accept, But I Don’t Know How To Navigate Life Without U Ma” – Anak Arwah Rohana Jalil Luah Rasa Hiba

“I Accept, But I Don’t Know How To Navigate Life Without U Ma” – Anak Arwah Rohana Jalil Luah Rasa Hiba

Rohana Jalil telah menghembuskan nafas terakhir di sisi suaminya Jahangir Kha dan anak-anak iaitu Rosella, Shakira Idora dan Kilafairy.

rohana jalil meninggal dunia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Pemergian insan tersayang adalah salah satu perkara yang sukar untuk diterima.

Meskipun anak-anak sudah meningkat dewasa dan memiliki keluarga sendiri, ibu ayah akan senantiasa menjadi insan yang dekat di hati dan menjadi cinta pertama seorang anak. Tiada siapa yang boleh menggantikan insan tersayang ini.

Seperti yang baru-baru ini dilaporkan apabila seorang penyanyi era 80-an iaitu Rohana Jalil disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat kebocoran usus.

Arwah telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi (20 Jun), jam 11:33pm.


Anak Rohana Jalil Luah Rasa Sedih Berita Pemergian Ibu Tersayang

Arwah bagaimanapun sempat didampingi oleh ahli keluarga dan juga suaminya Jahangir Khan serta anak-anak ketika saat terakhir di dunia.

I accept but I don’t know how to navigate life without u ma.

Anak kepada Rohana Jalil, Shakira Idora menerusi Instagram Story.

Begitulah luahan seorang anak yang hiba dengan berita pemergian ibu tercinta. Shakira dalam masa yang sama turut memaklumkan bahawa jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9 selepas Zohor dan bakal dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Sumber: Instagram/ShakiraIdora

Rohana Jalil Dimasukkan Ke Hospital Kerana Kebocoran Usus

Untuk makluman, sejak April lalu arwah telah dimasukkan ke HTCM disebabkan oleh kebocoran usus. Kesihatan beliau kemudian dilaporkan semakin merosot dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sejak tengah hari semalam (20 Jun).

Sebelum ini, pengurus kepada arwah yang dikenali sebagai Jepun memaklumkan kuman telah merebak ke bahagian organ utama lain seperti paru-paru serta buah pinggang disebabkan oleh kebocoran yang dialaminya.

Allahyarhamah juga telah ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HCTM, UKM sejak 28 Mac lalu dan kemudiannya dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU) tetapi berada dalam pemantauan yang ketat sebelum disahkan meninggal dunia.

Berasal dari Johor, Rohana atau nama sebenar Dara Abd Jalil dikenali dengan lagunya yang terkenal seperti Rayuanku dan Naluri Cinta.

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd