Now Reading
Guru Dari Taiping, Perak Rangkul Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023. Tahniah!

Guru Dari Taiping, Perak Rangkul Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023. Tahniah!

Pertandingan Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge untuk tahun 2023 menerima lebih daripada 11,000 pencalonan dari 99 negara, peningkatan sebanyak 30% berbanding pencalonan tahun lepas.

Cambridge Dedicated Teacher Award

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang guru dari Taiping, Perak, telah memenangi Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2023 peringkat serantau.

Goh Kok Ming, seorang guru di SJK(C) Hua Lian 1, adalah antara individu yang tersenarai sebagai pemenang dari Australia, New Zealand, dan Asia Tenggara, menurut Cambridge University Press dalam satu kenyataan.

Goh diiktiraf atas pencapaian dalam mengajar kemahiran kod bernilai kepada pelajar untuk membantu menyelesaikan isu-isu komuniti, selepas dia memulakan inisiatif “Kampong Code” untuk menggalakkan para pelajar mencipta aplikasi.

Goh Kok Ming.

Beliau dalam masa yang sama turut mengulas dirinya sentiasa memiliki minat dalam ‘coding’ dan gembira untuk berkongsi semangat ini dengan para pelajar untuk menggalakkan mereka membina kemahiran ‘coding’ untuk masa depan yang lebih baik.

Goh akan menerima sejumlah RM2,800 dalam bentuk buku-buku dan sumber digital serta piala Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge. Malah, beliau juga akan ditampilkan di muka buku teks Pendidikan Baharu Cambridge University Press mulai Februari 2024.


Goh Guru Malaysia Kedua Raih Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge

Goh merupakan warga Malaysia kedua yang dinamakan sebagai pemenang anugerah pada peringkat serantau dan global.

Dan untuk rekod, Khalifa Affnan dari Kolej Vokasional Keningau di Sabah dinamakan sebagai guru Malaysia pertama yang merangkul Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge pada tahun 2022.

Pemenang serantau Anugerah Guru Berdedikasi dari kiri atas: Akeem Badru, Goh Kok Ming, Uzma Siraj, Nathalie Roy, Gaurav Sharma, Selçuk Yusuf Arslan. (Sumber: Cambridge.org)

Ditubuhkan pada 2018, Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge ialah pertandingan global yang mengiktiraf dan meraikan usaha pendidik di seluruh dunia.

Pertandingan global ini memberi peluang kepada pelajar, ibu bapa dan guru-guru lain untuk mencalonkan guru sekolah rendah atau menengah semasa yang telah melakukan sesuatu yang hebat.

Kini apabila memasuki tahun kelima, anugerah ini membuktikan impak yang besar serta memberikan inspirasi positif kepada guru-guru di seluruh dunia.

Pertandingan tahun ini juga direkodkan telah menerima lebih daripada 11,000 pencalonan dari 99 negara dengan peningkatan sebanyak 30% berbanding pencalonan tahun lepas.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd