Now Reading
Grab Malaysia Dalam Usaha Tingkatkan Peluang Pendapatan Tambahan Untuk Rakyat Malaysia

Grab Malaysia Dalam Usaha Tingkatkan Peluang Pendapatan Tambahan Untuk Rakyat Malaysia

Menerusi usaha ini, Grab komited untuk menyokong rakan pemandunya dan memberi mereka peluang untuk mendapat dan menjimatkan lebih banyak wang semasa bulan Ramadan dan musim Raya.

grab malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Grab Malaysia telah mengumumkan pelan untuk meningkatkan usaha membantu rakan pemandu untuk mendapatkan pendapatan tambahan semasa bulan Ramadan dan musim Raya.

Baru-baru ini, Grab melancarkan kempen ‘Raya Lagi Mantap Bersama Grab’ yang menawarkan peluang kepada rakan pemandu untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan menjimatkan sehingga RM2,000.

Terdapat juga hadiah bernilai sehingga RM20,000 yang boleh dimenangi.

Kempen ini akan berlangsung dari 22 Mac hingga 30 April 2023, dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Grab untuk menarik lebih ramai rakan pemandu, memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakan pemandu sedia ada, dan membuat pengangkutan mudah diakses oleh semua penumpang.

Grab berhasrat untuk terus menyediakan peluang untuk mendapatkan hasil dan jaringan keselamatan pendapatan bagi mereka yang menyertai platform ini. Kempen ini merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan pendapatan yang adil, mampan dan produktif.

Untuk menyertai pelbagai inisiatif dalam kempen ini, rakan pemandu hanya perlu meneruskan pemanduan mereka melalui platform Grab dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Rakan pemandu sedia ada dan baru yang mengesyorkan pendaftaran ke platform juga berpeluang mendapatkan pendapatan tambahan dan baucar minyak.

Misi Grab sejak awal lagi adalah untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang selamat, mudah dan pada masa yang sama meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Memandangkan permintaan untuk e-hailing telah pulih dengan pantas, tumpuan kami adalah untuk meningkatkan bilangan pemandu yang aktif dan mengoptimumkan lagi pemandu yang sedia ada untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Kami berharap inisiatif-inisiatif dan langkah yang kami ambil ini akan menggalakkan rakan pemandu baharu untuk menyertai platform Grab secepat mungkin untuk memperoleh  manfaat daripada pendapatan tambahan yang telah disediakan untuk mereka.

Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia.

Rakan pemandu yang layak mendapat baucar pendahuluan dan pembiayaan fleksibel oleh Grab boleh memenangi Duit Raya (dalam bentuk pulangan tunai) bernilai RM125.

Mereka juga berpeluang untuk menyertai dan menang dalam kempen Hari Raya Home Makeover yang bernilai sehingga RM20,000!


Lebih Manfaat Untuk Komuniti

Selain daripada pendapatan, Grab telah diposisikan dengan kedudukan yang baik untuk menjadi peneraju dalam menjaga kesejahteraan dan kestabilan rakan-rakan aktifnya.

Melalui GrabBenefits iaitu program manfaat untuk rakan dalam ekonomi gig, mereka juga diberikan akses kepada peluang pekerjaan lebih berkualiti dan selamat serta perlindungan kewangan seperti pengurangan kos operasi, insurans, pembangunan profesional dan banyak lagi.

Sebahagian daripada kempen ‘Raya Lagi Mantap Bersama Grab’, kami akan mengadakan acara ‘Raya Sekampung Bersama Grab’ dengan rakan pemandu teratas kami di setiap bandar utama di Malaysia pada bulan Mei ini. Mereka bukan sekadar komuniti rakan-rakan kami, mereka adalah duta kami dan kerana mereka, Grab diwujudkan. Kami mahu memastikan usaha gigih dan ikhlas oleh rakan-rakan kami mendapat pulangan dan membawakan kehidupan yang lebih baik untuk mereka serta keluarga.

Rashid Shukor, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia.

Menerusi usaha ini, Grab komited untuk menyokong rakan pemandunya dan memberi mereka peluang untuk mendapat dan menjimatkan lebih banyak wang semasa bulan Ramadan dan musim Raya.

KLIK SINI untuk maklumat lanjut.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd