Now Reading
Siri Maxis Spark Engage 2023 Melangkah Ke Tahun Ke-4, Beri Tumpuan Transformasi Digital

Siri Maxis Spark Engage 2023 Melangkah Ke Tahun Ke-4, Beri Tumpuan Transformasi Digital

Siri Maxis Business Spark merupakan sebuah platform untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengetahuan mendalam dalam ekonomi digital.

maxis business spark

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terus memacu perbualan yang mendalam mengenai transformasi digital untuk memperkasakan perniagaan Malaysia, Maxis telah mengadakan forum Maxis Business Spark Engage yang popular untuk membolehkan perusahaan mendapat kelebihan dalam lanskap digital yang pantas serta tidak menentu.

Pada majlis yang diadakan baru-baru ini di Kuala Lumpur, Maxis mengetuai sesi panel yang menerokai topik “Formula Kemenangan untuk Membina Kelebihan dalam Ketidaktentuan”.

Ahli-ahli panel yang menampilkan Kevin Lee, Ketua Segmen Korporat dan PKS Maxis, Ian Lim, Ketua Pegawai Keselamatan Lapangan Asia Pasifik Palo Alto Security, dan Lawrence Annies, Naib Presiden Operasi Holiday Tours, membincangkan komponen utama untuk mencapai kelebihan sedemikian, termasuk mempercepat penggunaan teknologi, mengautomasikan tugas manual, melindungi aset digital, dan faedah bekerjasama dengan penyedia penyelesaian IT yang sesuai.

Perbincangan tumpuan tahun ini menampilkan tetamu khas bekas jaguh dan pemenang Grand Prix Formula 1 (F1) sebanyak 13 kali iaitu David Coulthard yang berkongsi pandangannya bersama wartawan serta pengarang F1 terkenal Lee McKenzie mengenai bagaimana teknologi telah mengubah dunia perlumbaan F1.

Berhubung dengan persekitaran perniagaan yang sangat kompetitif, Coulthard menekankan betapa pentingnya kepercayaan, kerja berpasukan dan semangat dalam menggunakan data masa nyata untuk memastikan ketepatan dan hasil optimum, serta amalan terbaik yang boleh digunakan untuk mana-mana perniagaan.

Transformasi digital adalah perjalanan yang berterusan dan sentiasa ada sesuatu yang baharu untuk ditemui dalam persekitaran yang dipacu teknologi ini. Inilah sebab siri Maxis Business Spark telah berkembang menjadi platform penting yang memberi peluang kepada perniagaan daripada pelbagai saiz untuk menyelami isu-isu penting yang boleh ditangani secara kolektif, membincangkan penyelesaian serta mendapat manfaat daripada pengetahuan dan pengalaman yang mendalam.

Kevin Lee, Ketua Segmen Korporat dan PKS Maxis.

Tahun Keempat Untuk Siri Maxis Business Spark

Ini merupakan tahun keempat Maxis menganjurkan siri Maxis Business Spark, iaitu sebuah platform untuk membincangkan cabaran dan berkongsi pengetahuan mendalam dalam ekonomi digital.

Spark Engage 2023 menandakan lelaran (iteration) terbaharu acara tersebut, yang terus menjadi peluang berharga bagi perniagaan untuk belajar daripada pakar industri, meluaskan rangkaian dan bekerjasama dengan rakan.

Forum eksklusif tersebut menarik pelbagai pemimpin perniagaan terkemuka yang terdiri daripada Ketua Pegawai IT, Pengarah, dan Ketua Jabatan IT mewakili PKS utama, syarikat besar dan organisasi kerajaan.

Menyedari bahawa transformasi digital yang berjaya memerlukan kerja berpasukan dan perkongsian kukuh, Maxis Business komited menjadi rakan kongsi yang boleh dipercayai oleh pelanggan.

Dengan rekod prestasi yang terbukti dalam membantu organisasi menggunakan dan memanfaatkan teknologi, Maxis memahami cabaran unik yang dihadapi oleh perniagaan hari ini dan menyediakan penyelesaian, rangkaian, dan kepakaran tepat bagi membantu mereka Terus Menerajui dalam dunia yang berubah.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana Maxis Business boleh membantu mempercepatkan perjalanan digital, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd