Now Reading
“Data Pembayar Cukai Di MyTax Selamat & Dilindungi” – LHDN Nafi Dakwaan Isu Data Bocor

“Data Pembayar Cukai Di MyTax Selamat & Dilindungi” – LHDN Nafi Dakwaan Isu Data Bocor

Pihak LHDN menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

kebocoran data pembayar cukai lhdn

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Musim membayar cukai sudah bermula! Oleh itu, Rakyat Malaysia yang kini sudah bekerja dan mencukupi syarat akan diwajibkan untuk membuat pentaksiran cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Musim cukai ini akan muncul setiap tahun pada bulan Mac.

BACA JUGA: Ramai Masih Keliru, Ini Sebenarnya Jumlah Gaji Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan

Walau bagaimanapun, semalam (1 Mac) satu dakwaan telah berlakunya kebocoran data pembayar cukai menerusi portal MyTax LHDN.

MyTax LHDN berfungsi sebagai pusat sehenti untuk pembayar cukai mengendalikan segala urusan cukai dalam talian (online).

Menurut hantaran umum di Facebook, warga maya termasuk pakar IT menegaskan bahawa seseorang itu hanya memerlukan nombor MyKad untuk mengakses maklumat sensitif seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor akaun bank, alamat e-mel dan nombor cukai.

Bahaya sistem kerajaan begini. Baru masuk IC (nombor kad pengenalan). Belum login, habis semua data keluar termasuk kata frasa. Cukup dengan IC kita sahaja, orang boleh bongkar alamat rumah, nombor telefon, nombor bank akaun, e-mel, nombor cukai.

Pengguna Facebook, Muhammad Fauzzury.

Malah, sebuah laman Facebook iaitu Pendakwah Teknologi juga meluahkan ketidakpuasan hati pihaknya mengenai isu ini serta turut memperincikan langkah bagaimana maklumat pembayar cukai boleh diakses oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan nombor kad pengenalan (IC).

Terima kasih untuk sistem yang SANGAT selamat ini. Tahniah! Contoh sumber KEBOCORAN DATA yang sangat BAIK!.

Pengguna Facebook, Pendakwah Teknologi.

LHDN Tampil Nafi Isu Kebocoran Data Pembayar Cukai Menerusi MyTax

Isu tersebut turut meraih perhatian pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tampil dengan penjelasan berhubung dakwaan tular itu.

LHDN menerusi satu kenyataan media berkata, “Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin menarik perhatian umum berhubung dengan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular di platform media sosial.

“Antara dakwaan yang diterima ialah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax. Sehubungan itu, HASiL ingin menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data diiktiraf.

“HASiL amat memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan (priority) yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh HASiL dalam urusan pentadbiran percukaian.

“Oleh yang demikian, HASiL akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh disalurkan menerusi:

  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
  • HASiL Live Chat.
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd