Now Reading
Gopal Sri Ram Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun

Gopal Sri Ram Meninggal Dunia Pada Usia 79 Tahun

Sebelum ini, Gopal Sri Ram dilaporkan telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, sekitar dua minggu lalu.

gopal sri ram

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan timbalan pendakwa raya kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun.

Berita kematiannya itu telah disahkan oleh sumber kepada FMT.

Sebelum ini, Gopal dilaporkan telah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, sekitar dua minggu lalu.

Gopal Sri Ram merupakan pendakwa utama dalam perbicaraan rasuah 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga merupakan pendakwa utama bagi kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion melibatkan isteri Najib iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Mendiang yang berusia 79 tahun juga merupakan seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, sebelum tampil mengumumkan persaraannya pada Februari 2010.

Sebelum beliau mengendalikan Mahkamah Persekutuan, mendiang pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun.

Untuk rekod, Gopal Sri Ram amat dikenali sebagai seorang Hakim yang adil serta pantas dalam membuat penghakiman secara lisan.

Malah, beliau adalah peguam pertama dari firma swasta yang telah dilantik terus ke Mahkamah Rayuan sewaktu ia diwujudkan iaitu pada tahun 1994.

BERITA LANJUT MENYUSUL.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd