Now Reading
Institut Onn Jaafar Kolaborasi Dengan Ascott Agih Makanan Buat 200 Gelandangan

Institut Onn Jaafar Kolaborasi Dengan Ascott Agih Makanan Buat 200 Gelandangan

Bufet mewah yang disediakan oleh Ascott Malaysia dihidangkan oleh team Ascott Malaysia, pasukan IOJ, dan sukarelawan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Institut Onn Jaafar (IOJ) sebuah organisasi bukan berorientasikan keuntungan meneruskan tradisi tahunan mereka dalam memberi bantuan makanan buat gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur pada musim perayaan Tahun Baru Cina.

Kali ini bersempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu pada 22 Januari 2023, IOJ dengan kerjasama Ascott Malaysia (Jenama Ascott, Somerset, Citadines, Domitys, lyf, Oakwood, HARRIS, dan lain-lain) telah memberi makanan kepada 200 orang gelandangan serta golongan kurang bernasib baik.

Bufet mewah yang disediakan oleh Ascott Malaysia dihidangkan oleh team Ascott Malaysia, pasukan IOJ, dan sukarelawan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menu yang dihidangkan buat gelandangan pula adalah seperti Nasi Goreng Istimewa, Mee Hoon Siam, dan Hidangan Tahun Baharu Cina.

Memberi makan buat para gelandangan, pengagihan makanan kepada golongan kurang bernasib baik tidak tertumpu pada majlis perayaan sahaja tetapi ia merupakan usaha berterusan kerana kami percaya seseorang itu tidak akan boleh tidur dalam keadaan lapar. Jika anda lapar, beritahu kami, kami akan memberi anda makan tanpa mengira bangsa dan agama. Kami juga melatih individu tentang kerja mahir untuk menyediakan mereka untuk tenaga kerja. Sebagai contoh, housekeeping.

Pengurus Besar Ascott Malaysia Mondi Mecja.

Pengerusi Institut Onn Jaafar (IOJ) dalam masa yang sama turut menambah, “JOM CNY kini memasuki tahun kelapan, hasil daripada JOM BREAKFAST yang merupakan program utama IOJ.

“Selain memberi makan kepada gelandangan dan golongan kurang bernasib baik, kami juga ingin menyemai Komuniti Harmoni tanpa mengira Bangsa dan Agama semasa meraikan semua Musim Perayaan di Malaysia.

“JOM CNY bermula 8.45 pagi dan berakhir 10:30 pagi. Segala usaha IOJ adalah selaras dengan agenda negara kita untuk membanteras kemiskinan,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd