Now Reading
[Video] Mangsa Rentung Dalam Kereta Tinggalkan Status Terakhir Sebelum Pergi Selamanya

[Video] Mangsa Rentung Dalam Kereta Tinggalkan Status Terakhir Sebelum Pergi Selamanya

Arwah Nurul Nazihah yang terlibat dalam kemalangan menyayat hati di Highway Sedenak malam tadi dikhabarkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah selepas mengerjakan umrah kira-kira seminggu yang lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semalam (16 Oktober), satu kejadian menyayat hati telah berlaku melibatkan dua individu dilaporkan rentung selepas kereta dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Sedenak, Kulai.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7:45 malam itu melibatkan mangsa, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang pada ketika itu duduk di bahagian penumpang hadapan Proton Wira dikatakan telah tersepit. Manakala suami mangsa berjaya keluar dari kereta.

Walau bagaimanapun, identiti seorang lagi mangsa rentung dari kereta berasingan belum dapat dikenalpasti.

Menurut laporan FMT, Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Mohd Fauzi Md Nor, berkata dua lagi lelaki dalam lori dan sebuah lagi kereta terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.


Suami Meraung, Isteri Rentung Dalam Kejadian Kereta Terbakar

Dalam perkembangan kes yang sama, ketika di lokasi kejadian suami kepada mangsa, Muhammad Redzuan dilihat meraung selepas isterinya dipercayai terperangkap di dalam kereta berkenaan.

Meskipun pada ketika itu dia telah cuba untuk ditenangkan oleh pengguna jalan raya yang lain, dia dilihat tidak mampu untuk menahan sebak kerana gagal untuk menyelamatkan isterinya pada ketika itu.

Video tular itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook (Ridzema Naj) kira-kira 13 jam lalu.

Menjengah di ruangan komen, majoriti pengguna Facebook dilihat mendoakan mangsa yang terkorban dan turut memberikan kata-kata semangat buat si suami yang baru sahaja kehilangan isteri tercinta.

“Tak sanggup dengar raungan suami mangsa. Allahuakhbar! Semoga tabah Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga,” tulis Nur Faizah Izah.


Status ‘Terakhir’ Arwah Nurul Nazihah Menerusi Story

Arwah Nurul Nazihah yang terlibat dalam kemalangan menyayat hati di Highway Sedenak malam tadi dikhabarkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci Mekah selepas mengerjakan umrah kira-kira seminggu yang lalu.

Ayat terakhir yang dimuat naik menerusi status story sebelum ditimpa kemalangan adalah, “Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami”.

Klip video pendek itu diikuti dengan selfie arwah bersama suami. Pasangan tersebut dipercayai sedang dalam perjalanan untuk ke menghadiri temu janji berjumpa dengan klien suami arwah.


Innalillahiwainnailaihirojiun…

Kami di TRP mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa arwah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin YRA.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd