Now Reading
Pelajar Malaysia Mati Dibunuh Oleh Teman Lelaki Di Taipei, Taiwan

Pelajar Malaysia Mati Dibunuh Oleh Teman Lelaki Di Taipei, Taiwan

Mangsa berusia 24 tahun itu dipercayai telah dibunuh dengan cara dicekik oleh teman lelakinya sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Polis Taiwan melaporkan pada Khamis lalu (13 Oktober) bahawa seorang pelajar Malaysia bernama Cai ditemui mati di apartmennya di Taipei.

The Star melaporkan wanita berusia 24 tahun itu dipercayai telah dicekik kerana terdapat tanda-tanda cekikan.

Menurut Focus Taiwan, kejadian berkenaan diketahui apabila teman lelakinya yang hanya dikenali dengan nama akhir (last name) Chen dilaporkan overdose dengan ubat-ubatan dijual di kaunter (over-the-counter medication) sekitar jam 5 petang, pada hari yang sama.

Suspek didakwa mengaku kepada paramedik bahawa dia telah mencekik seorang wanita di Jalan Dadong di daerah Shilin di Taipei City sebelum pengsan.

Polis menemui mayat mangsa di apartmen dan siasatan sedang dijalankan. Chen, yang dimasukkan ke hospital di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilaporkan telah sedarkan diri.

Sumber: Sin Chew Daily

Keluarga Mangsa Terbang Ke Taiwan Untuk Urusan Pengebumian

Keluarga mangsa telah terbang ke negara Taiwan untuk menguruskan pengebumiannya dan meminta untuk diberikan ruang dan privasi ketika ini.

Pengarah Bahagian Akhbar dan Media Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei (Teco), Benjamin Hong Zheng-bin berkata mereka telah membuat persiapan untuk membantu keluarga mangsa sebaik tiba di Taiwan.

Keluarga itu boleh segera menguruskan urusan pengebumian kerana rakyat Malaysia tidak perlu memohon visa atau mematuhi kuarantin semasa ketibaan.

Menurut Sin Chew Daily, mangsa berasal dari Serdang, Selangor, berhijrah ke Taiwan untuk belajar di Universiti Ming Chuan. Dia juga bekerja sebagai model dan live streamer.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd