Now Reading
Switzerland Akan Kenakan Denda RM4,000 Kepada Pemakai Purdah

Switzerland Akan Kenakan Denda RM4,000 Kepada Pemakai Purdah

Kerajaan Switzerland telah pun mengemukakan draf undang-undang berkenaan ke Parlimen pada 13 Oktober lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan umum, purdah atau niqab bermaksud kain penutup muka perempuan. Secara lazimnya, kain berkenaan digunakan untuk menutup sebahagian besar kawasan muka seseorang perempuan, melainkan mata.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah hukum pemakaian purdah?

Mengikut Mazhab Imam Syafi’ie, “Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan”.

Dalam erti kata lain, sebilangan ulama’ berpendapat bahawa muka dan kedua-dua tangan bukanlah dikategorikan sebagai aurat.

Oleh itu, pemakaian purdah/niqab bukan sesuatu yang wajib. Ia hanya dapat mengelakkan diri seseorang wanita daripada difitnah.


Switzerland Bercadang Kenakan Denda RM4,677 Terhadap Pemakai Niqab

Menurut sumber, Switzerland baru-baru ini telah mengeluarkan cadangan untuk mengenakan denda sebanyak 900 pound bersamaan dengan RM4,677 terhadap mana-mana individu yang memakai niqab/purdah di bawah undang-undang larangan burqa.

Kerajaan negara berkenaan telah pun mengemukakan draf undang-undang berkenaan ke Parlimen pada 13 Oktober lalu.

Draf tersebut turut merangkumi beberapa pengecualian seperti cadangan untuk memansuhkan larangan itu di pesawat, premis diplomatik, dan juga tempat beribadat.

Mengulas lanjut, pemakaian niqab yang dikaitkan dengan kesihatan, keselamatan, keadaan iklim dan adat tempatan akan dikekalkan. Malah, persembahan seni dan pengiklanan juga dikecualikan.

Di bawah draf undang-undang berkenaan, pelitup muka dianggap amat perlu untuk melindungi diri sementara kebebasan bersuara serta berhimpun akan dibenarkan selagi mendapat kebenaran pihak berkuasa dan ketenteraman awam terjamin.

Walaupun cadangan denda itu tidak menyebut wanita Islam secara langsung, namun ahli politik tempatan serta media merujuk langkah itu sebagai `larangan burqa’.

Tambahan pula, Kabinet memaklumkan larangan menutup wajah bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

Hukuman bukan keutamaan kami.

Kabinet.

Apa Beza Niqab, Purdah & Burqa?

Persoalan ini sering dilontarkan oleh segelintir individu yang masih keliru tentang ketiga-tiga jenis pemakaian ini iaitu Niqab, Purdah, dan Burqa.

Apakah perbezaan di antara ketiga-tiga ini?

Jawapannya, kesemuanya adalah BERBEZA.

1. Niqab.

Kredit: Instagram/Neelofa

Niqab merupakan helaian kain yang menutup dahi dan keseluruhan wajah kecuali bahagian mata sahaja yang terbuka. Niqab hadir dalam variasi warna gelap atau lembut dan diikat pada bahagian luar tudung seseorang. Panjang niqab adalah labuh menutupi dada.

2. Purdah.

Kredit: Kosmo

Kain purdah menutup separuh muka bermula dari hidung hingga ke paras dada atau mengikut keselesaan seseorang itu. Sementara itu, bahagian mata dan dahi masih boleh dilihat. Kebiasaannya, purdah diikat pada belah dalam tudung wanita.

3. Burqa.

Kredit: The Guardian

Pemakaian burqa pula adalah menutupi seluruh bahagian termasuklah mata seseorang. Walau bagaimanapun, pada kawasan mata burqa, lapisannya adalah sedikit nipis untuk memberikan keselesaan ketika wanita bergerak.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd