Now Reading
Le Tour De Langkawi 2022: Jalan Gombak Bakal Ditutup Sementara Untuk Peringkat 3

Le Tour De Langkawi 2022: Jalan Gombak Bakal Ditutup Sementara Untuk Peringkat 3

Beberapa jalan di sekitar Gombak akan ditutup sementara bermula jam 1 tengah hari Khamis, 13 Oktober 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 bermula pada hari Selasa (11 Oktober) dan akan berakhir pada hari Selasa, 18 Oktober 2022.

Peringkat 1 perlumbaan bermula di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan berakhir di KLCC. Peringkat 2 akan bermula dari Kuala Klawang-Raub.

BACA JUGA: Le Tour De Langkawi 2022 Kini Kembali. Jalan Ampang & Jalan P Ramlee Akan Ditutup

Peringkat 3 esok (13 Oktober) akan bermula di Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands, dengan pelumba dijangka tiba di sempadan daerah Gombak kira-kira jam 3 petang dan selesai selewat-lewatnya jam 4.15 petang.

Sehubungan itu, beberapa jalan di sekitar Gombak akan ditutup sementara bermula jam 1 tengah hari Khamis, 13 Oktober 2022.

Menurut laporan Malay Mail, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata jalan terlibat yang akan ditutup ialah:

  • Taman Melati exit ke MRR2 Batu Caves
  • Shell Taman Melati exit
  • MRR2 dari Batu Caves menghala ke plaza tol Gombak
  • Jalan Sungai Pusu ke plaza tol Gombak

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan daripada menggunakan jalan tersebut pada hari perlumbaan dan merancang laluan perjalanan terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan lalu lintas dan penutupan jalan, orang ramai boleh menghubungi polis trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau talian hotline Polis KL di 03-2115 9999.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd