Now Reading
6 Pantai Di Selangor Ditutup Susulan Fenomena Air Pasang Besar

6 Pantai Di Selangor Ditutup Susulan Fenomena Air Pasang Besar

Air pasang besar merekodkan ketinggian 5.3 meter jam jam 6:19 pagi (27 September) dan dijangka naik 5.4 meter pada 7:53 pagi keesokan harinya, diikuti dengan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6:42 pagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


6 lokaliti di Selangor kini dilaporkan tutup buat orang awam bermula hari ini (27 September) sehingga 29 September 2022 susulan fenomena air pasang besar.

Perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi hantaran di Facebook. Menerusi kenyataan sama, MPKL turut memberikan senarai pantai-pantai yang terlibat iaitu:

  • Pantai Kelanang.
  • Pantai Baru Morib.
  • Pantai Morib.
  • Pantai Chunang.
  • Pantai Batu Laut.
  • Jeti Tanjung Sepat.

Pengunjung juga dinasihati untuk tidak melakukan aktiviti seperti:

  • Mandi.
  • Berkelah.
  • Bermain pasir.
  • Memancing.
  • Menaiki bot.
  • Berniaga.

Air pasang besar merekodkan ketinggian 5.3 meter jam jam 6:19 pagi (27 September) dan dijangka naik 5.4 meter pada 7:53 pagi keesokan harinya, diikuti dengan 5.3 meter pada 29 September pada jam 6:42 pagi.

Sepanjang penutupan kawasan-kawasan berkenaan, pemantauan oleh pasukan Skuad PANTAS MPKL akan dijalankan bagi memastikan tiada pengunjung yang menghampiri kawasan terlibat.

Orang ramai boleh menghubungi Skuad Pantas MPKL melalui talian atau whatsapp 012-300 4256 untuk sebarang pertanyaan lanjut dan aduan yang ingin disalurkan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd