Now Reading
Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Digesa Ambil Suntikan Vaksin Influenza

Warga Emas 60 Tahun & Ke Atas Digesa Ambil Suntikan Vaksin Influenza

Selesema merupakan penyakit respiratori yang boleh menjangkiti orang tua dengan teruk dan pantas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa warga emas berumur 65 tahun dan ke atas untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza bagi mencegah penyakit.

Menurut laporan Bernama, ini sekaligus boleh mengurangkan risiko kemasukan ke dalam hospital dan kematian.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali menjelaskan bahawa menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, lebih 70% kemasukan ke hospital dan 85% kematian yang berkait dengan selesema berlaku di kalangan pesakit yang berusia 65 tahun ke atas.

Selesema merupakan penyakit respiratori yang boleh menjangkiti orang tua dengan teruk dan pantas. Oleh itu, penting bagi mereka mendapatkan vaksin untuk jangka hayat lebih lama dan lebih menikmati kehidupan. Selain itu, adalah penting untuk setiap individu kekal sihat, mengekalkan diet sihat dan kekal aktif secara fizikal selain mendapatkan rehat dan tidur yang cukup dan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Mengulas lanjut, Pengerusi Jawatankuasa Teknik IFL Prof Datuk Dr Zulkifli Ismail menasihati golongan emas untuk mengamalkan sikap proaktif dan mendapatkan suntikan selesema daripada menunggu wabak.

“Jadikan pengambilan vaksin sebagai komitmen tahunan. Jangan memandang rendah terhadap influenza kerana hanya satu jangkitan sahaja boleh menyebabkan anda dan orang tersayang mengalami kesan jangka panjang yang teruk.

“Pada masa sama, marilah kita menyokong generasi lebih tua dalam pencegahan influenza melalui pendekatan menyeluruh masyarakat. Ingatkan ibu bapa kita yang sudah berusia supaya mereka mengambil suntikan influenza setiap tahun,” jelasnya.

Untuk pengetahuan umum, IFL merupakan inisiatif pendidikan komuniti yang dipacu oleh pakar bagi mengalakkan imunisasi untuk kesemua peringkat umur terhadap penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, diasaskan paa 2013 oleh Kementerian Kesihatan, Persatuan Pediatrik Malaysia dan Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia.


Siapakah Yang Berisiko Tinggi Mendapat Komplikasi Jangkitan Virus Influenza?

  • Golongan Berisiko:
    • Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.
    • Wanita hamil.
    • Warga tua (65 tahun ke atas).
    • Pesakit kronik (kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain).
    • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihadapi seperti kanser, HIV, dan lain-lain, ataupun akibat ubatan yang diambil seperti kemoterapi, steroid, dan lain-lain.
    • Individu obes.

Langkah Pencegahan Virus Influenza

  • Dapatkan vaksin influenza yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu/sapu tangan apabila batuk atau bersin.
  • Guna penutup mulut dan hidung.
  • Kerap mencuci tangan.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd