Now Reading
‘No Mask Outdoor’ & 4 Lagi Kelonggaran SOP Oleh Pihak KKM

‘No Mask Outdoor’ & 4 Lagi Kelonggaran SOP Oleh Pihak KKM

Salah satu kelonggaran seperti yang diumumkan oleh Khairy Jamaluddin adalah daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022 ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebentar tadi mengumumkan bahawa beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dilonggarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antara kelonggaran yang diumumkan adalah:

  • Ujian Covid-19 pra-berlepas dan semasa ketibaan tidak lagi diperlukan untuk pelancong yang lengkap vaksinasi untuk memasuki Malaysia mulai 1 Mei 2022.
  • Daftar masuk MySejahtera tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis mulai 1 Mei 2022. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Walau bagaimanapun, kes positif Covid-19 dan mereka yang berada di bawah HSO masih tidak dibenarkan memasuki premis.
  • Pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di dalam bangunan mulai 1 Mei 2022. Walau bagaimanapun, ia adalah pilihan di luar bangunan tetapi digalakkan apabila berada di tempat yang sesak dan untuk individu berisiko tinggi.
  • Mulai 1 Mei 2022, kes positif Covid-19 boleh dilepaskan dari kuarantin lebih awal jika mereka diuji negatif pada hari ke-4.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd