Now Reading
Siapa Calon Untuk Menteri Besar Johor?

Siapa Calon Untuk Menteri Besar Johor?

Walaupun membawa BN meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Ketua BN Johor Datuk Hasni Mohammad tidak akan meneruskan tugas Menteri Besar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


ADUN Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi muncul sebagai calon yang mungkin menggantikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Hasni Mohammad sebagai menteri besar negeri seterusnya.

Onn Hafiz, 44, sebelum ini merupakan ADUN Layang-Layang dan bekas Exco Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor di bawah pimpinan Hasni.

Beliau berasal daripada keluarga yang berpengaruh dari segi politik kerana beliau adalah cicit kepada ahli pengasas UMNO dan presiden pertama Datuk Seri Onn Jaafar dan anak saudara kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Nama lain yang berlegar-legar ialah ADUN Rengit Datuk Mohd Puad Zarkashi yang berusia 64 tahun.

Bekas ahli parlimen Batu Pahat itu merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan juga pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pendidikan antara April 2009 hingga Mei 2013.

Di sebalik pengalamannya, termasuk berkhidmat sebagai senator di Dewan Negara antara Oktober 2004 dan Oktober 2007 dan menerajui Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari Mac 2015 hingga April 2018, tidak mungkin Mohd Puad akan menerima jawatan itu kerana faktor usianya.

BN Johor pimpinan Hasni meraih kemenangan selesa dalam pilihan raya negeri hujung minggu lalu apabila menyapu bersih 40 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Bagaimanapun, berikutan kelewatan menamakan menteri besar negeri, Hasni, 62, semalam menggesa seorang anak muda menerajui negeri itu.

“Melihat sokongan dan kedudukan generasi muda yang penting dalam pembangunan Johor, dan demi kemakmuran negeri yang berkekalan, saya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk menerajui Johor.

“Insya-Allah di bawah kepimpinan baharu negeri ini akan lebih makmur.

“Seperti yang saya katakan sebelum kemenangan Barisan pada tempoh hari, tidak ada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih menonjol daripada Johor,” Hasni dipetik The Star.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd