Now Reading
Menteri Pendidikan Nafi Langgar SOP, Buat Laporan Polis Selepas Foto Tular Di Media Sosial

Menteri Pendidikan Nafi Langgar SOP, Buat Laporan Polis Selepas Foto Tular Di Media Sosial

Menurutnya, tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan laporan polis telah dibuat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin pada 3 Oktober lalu telah hadir di Kuala Terengganu bagi meninjau perjalanan hari pertama pengoperasian sekolah secara bersemuka.

Pihaknya dikatakan menghadiri pembukaan sekolah di sekitar Terengganu termasuk di Sekolah Menengah Sains Dungun bagi melihat pengoperasian hari pertama persekolahan.

Beliau turut berkongsikan mengenai lawatan tersebut di laman Facebook miliknya.

Namun begitu, terdapat satu hantaran Facebook tular bersama beberapa keping gambar yang menunjukkan seolah-olah dirinya tidak melakukan penjarakan fizikal.

Radzi walau bagaimanapun menafikan hal itu menerusi hantaran Facebook yang dimuat naik olehnya beberapa jam lalu.

Saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah langsung tiada penjarakan fizikal sewaktu saya mengadakan satu sidang akhbar. Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd. Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, Ustaz Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah saya ketika sidang media di Sekolah Menengah Sains Dungun pada 3 Oktober lalu.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin melalui hantaran Facebook.

Malah, setelah semakan dibuat, gambar tersebut sebenarnya adalah palsu.

Beliau turut menganggap bahawa tindakan jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu.

Tapi kalau tengok betul-betul, nampak jugalah gambar tu fake.

Netizen mula teliti gambar tersebut

Tinjauan di ruangan komen juga melihatkan warganet turut meneliti gambar tersebut apabila disebutkan sebagai gambar palsu dan telah diedit.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd