Now Reading
[Video] Shah Alam Banjir Kilat, Ramai Terkandas Lepas Kereta & Rumah Masuk Air

[Video] Shah Alam Banjir Kilat, Ramai Terkandas Lepas Kereta & Rumah Masuk Air

Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam telah dinaiki air sehingga 1.2 meter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Warga Shah Alam ‘ditenggelami’ air semalam (27 September) apabila banjir kilat telah melanda Shah Alam pada sekitar jam 5 petang susulan hujan lebat bermula jam 3 petang.

Mereka juga turut berkongsi keadaan banjir kilat itu dengan memuat naik gambar serta video di media sosial yang melihatkan betapa teruknya keadaan di Shah Alam.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian banjir itu menyatakan beberapa kawasan sekitar Seksyen 13, Stadium Shah Alam telah dinaiki air sehingga 1.2 meter.

Sejurus itu, pihak bomba terus ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah kenderaan terkandas di dalam banjir di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan tersebut telah berjaya keluar menyelamatkan diri.

Anggota bomba memeriksa kenderaan yang terkandas dalam banjir kilat di Seksyen 13, Shah Alam petang semalam.
(Kredit: Astro Awani)

Selain Seksyen 13, penduduk sekitar Seksyen 9, Seksyen 10, Seksyen 4, Seksyen 7 turut berkongsi keadaan banjir kilat berhampiran kediaman serta lokasi mereka berada.

Habis Seksyen 13 ditenggelami air.

Kredit: Google

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd