Now Reading
Gangguan Bekalan Air Di Shah Alam Melibatkan 6 Kawasan Ini

Gangguan Bekalan Air Di Shah Alam Melibatkan 6 Kawasan Ini

Menurut Pengurusan Air Selangor, ianya dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Enam buah kawasan di Wilayah Shah Alam dikatakan akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual akibat insiden paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23 bermula malam semalam, 23 September.

Antara kawasan yang terlibat adalah:

  • Seksyen 18
  • Seksyen 19
  • Seksyen 20
  • Seksyen 23
  • Seksyen 24
  • Seksyen 25

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada pukul 6 pagi hari ini.

Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Para pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Pihak Air Selangor turut menjelaskan bahawa lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian.

Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd