Now Reading
Melbourne Dilanda Gempa Bumi 5.9 Skala Richter Pagi Tadi

Melbourne Dilanda Gempa Bumi 5.9 Skala Richter Pagi Tadi

Jabatan Geosains Australia memaklumkan gegaran gempa bumi berlaku di Mansfield, sekitar 180KM timur laut Melbourne dengan kedalaman 10KM.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Gempa bumi berukuran kira-kira 5.9 pada skala richter melanda tenggara Australia pagi tadi. Kejadian tersebut berlaku kira-kira 128KM jauh daripada Victoria Melbourne pada jam 7:15 pagi (9 pagi waktu tempatan).

Menurut laporan, Ahli Sains Geologi dari University of Melbourne, Mark Quigley menjelaskan bahawa gegaran berlaku dalam 5.5 hingga 5.9 skala richter.

Ia disebut sebagai magnitud momen yang menjelaskan berapa banyak tanah bergerak. Gegaran kuat berterusan berlaku selama kira-kira 10 saat.

Ahli Sains Geologi dari University of Melbourne, Mark Quigley.
Pasukan kecemasan berada di lokasi Betty’s Burgers di Chapel Street, Windsor.
(Kredit: Berita Harian)

Gegaran turut dirasai sehingga ratusan kilometer (km) dari pusat gempa.

Jabatan Geosains Australia memaklumkan gegaran gempa bumi berlaku di Mansfield, sekitar 180KM timur laut Melbourne dengan kedalaman 10KM.

Perkhidmatan Kecemasan Negeri menerima laporan kerosakan bangunan di seluruh Melbourne iaitu tiga panggilan dari Kensington termasuk Flemington, Brunswick, Ascot Vale, Maidstone, Northcote, Parkdale, Prahran dan West Melbourne.

Betty’s Burgers, Chapel Street hampir musnah

Betty’s Burgers di Chapel Street, Windsor Melbourne adalah salah satu bangunan yang runtuh sebahagiannya dan melihatkan batu-bata bertebaran di atas jalan raya.

Orang ramai dilihat berkerumun di tempat kejadian untuk melihat kerosakan di luar premis tersebut.

Warga Melbourne kongsi situasi sebenar di sana

Melbourne kini dilihat trending di media sosial termasuk Twitter di mana netizen menggunakan hashtag #Melbourne #MelbourneEarthQuake untuk melaporkan situasi keadaan di sana pada ketika ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd