Now Reading
Rentas Negeri & Kelonggaran Lain Bakal Diumumkan Oleh PM – Hishammuddin

Rentas Negeri & Kelonggaran Lain Bakal Diumumkan Oleh PM – Hishammuddin

Menurut Hishammuddin, inti pati perbincangan dan keputusan berkenaan kemudiannya akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan diumumkan mengikut masa dan tempat tertentu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Saban hari, kerajaan telah mengeluarkan beberapa kelonggaran SOP buat rakyat Malaysia. Oleh disebabkan itu, ramai yang mula menarik nafas lega.

Dengan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi, sekolah akan mula dibuka, kolej dan universiti juga mula dibuka, dan pelbagai lagi.

Kredit: Hari Anggara/Malay Mail

Akhirnya, setelah hampir empat bulan berada di rumah dan tidak melakukan aktiviti luar.

Kelonggaran baru diumumkan kelak

Kredit: Sayuti Zainudin/Malay Mail

Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kelonggaran baharu termasuk kemungkinan kebenaran merentas negeri juga akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Keputusan berhubung perkara itu diperincikan dalam mesyuarat khas membabitkan tiga lagi kementerian, hari ini.

Jelasnya lagi, inti pati perbincangan dan keputusan berkenaan kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan diumumkan mengikut masa dan tempat tertentu.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd