Now Reading
MoU Persefahaman Transformasi & Kestabilan Politik Lakar Sejarah Malaysia

MoU Persefahaman Transformasi & Kestabilan Politik Lakar Sejarah Malaysia

MoU itu merangkumi aspek Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Politik Malaysia kini mencatat sejarah apabila pertama kalinya Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) memeterai memorandum persefahaman (MoU) Tranformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwi-partisan yang ampuh serta mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.

Ianya selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 hari ini, 13 September.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MoU itu merangkumi aspek Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Titah hasrat Baginda Tuanku, semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan. Semangat Keluarga Malaysia yang menekankan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan inilah yang dizahirkan dalam memorandum persefahaman oleh kerajaan dan Ahli-ahli Yang Berhormat pada petang ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi Covid-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Kerajaan juga yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan itu bukan sahaja berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.

Setinggi penghargaan kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd