Now Reading
Lelaki Tumbuk Cermin Masjid Beri Mesej Terakhir Kepada Keluarga Undang Sebak

Lelaki Tumbuk Cermin Masjid Beri Mesej Terakhir Kepada Keluarga Undang Sebak

Kakak mangsa turut memberitahu bahawa arwah adiknya itu adalah seorang adik yang baik dan disayangi keluarga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu kejadian ngeri telah berlaku pada Ahad (5 September) lalu di mana seorang lelaki berusia 28 tahun ditemui meninggal dunia akibat kecederaan pada pergelangan tangan dan kaki kanan di rumah sewanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai mengamuk di Masjid Taman Scientex yang berdekatan dengan rumahnya pada malam sebelumnya.

BACA SINI: Amuk & Tumbuk Cermin Masjid. Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Di Rumah Sewa

Mangsa difahamkan telah bertindak sedemikian selepas tertekan tidak dapat melawat keluarga di Terengganu.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah luka parah di pergelangan tangan kanan saluran darah alteri dan urat tendon terputus akibat tumbukan pintu cermin kaca.

Arwah seorang adik yang baik

Kredit: Siti Ayu Megawati/Facebook

Kakak mangsa turut memberitahu bahawa arwah adiknya itu adalah seorang adik yang baik dan disayangi keluarga. Malah, tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya memiliki seorang adik seperti arwah.

Innalillahiwainnailaihirojiun. Perginya seorang pejuang, seorang adik, seorang anak, seorang sahabat yang sangat baik. Sangat memikirkan ummah. Tenanglah adek kesayangan kami semua di sana. Allah lebih menyayangi arwah. Perginya 05.09 tarikh yang sama dengan arwah ibu tercinta. Rehatlah, rehatlah dek. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa indahnya memiliki seorang adik yang bernama Muhammad Sufian Mohd Said. Indahnya dapat bersama, indahnya dapat berkongsi rasa, tawa, tangis dan segalanya. Indah segala-galanya.

Siti Ayu Megawati, kakak mangsa.

Dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan arwah dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang beriman.

Malah, untuk sesiapa yang masih ada urusan yang belum diselesaikan dengan arwah, orang ramai boleh terus hubungi kakaknya di Facebook.

“Family adalah keutamaan, Allah jangan ditinggalkan”

Berikut merupakan pesanan akhir arwah, menurut kakaknya.

Pada 7 September 2021 kira-kira jam 12:20 tengah hari, jenazah telah dimandi, dikafan dan disolatkan oleh Geng Bakal Jenazah di HSI Johor Bahru.

Menceritakan situasi ketika proses pengurusan jenazah, pihak mereka memberitahu betapa arwah adalah seorang yang baik, banyak penduduk kampung bantu dari segi kewangan dan pelbagai lagi.

Malah, ramai juga yang solatkan jenazah ketika itu.

Untung sungguh. Memang satu kematian yang dicemburui.

Segala kos termasuk mandi, kafan, solat, transport adalah PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh GBJ.

Kakak mangsa turut memesan supaya orang ramai berhati-hati dalam berbicara atau menulis. Selain tidak menyalahkan mana-mana pihak di atas kehilangan arwah adiknya.

Ini kerana dia percaya bahawa apa yang terjadi, ada sebabnya.


Apa pun, team TRP mengucapkan takziah buat keluarga arwah dan semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd