Now Reading
Selangor Benarkan 10 Orang Waris Hadir Ke Pengebumian Jenazah Covid-19

Selangor Benarkan 10 Orang Waris Hadir Ke Pengebumian Jenazah Covid-19

Namun, mereka tidak boleh berada dalam kumpulan di tanah perkuburan Islam seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kariah masjid semasa tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kerajaan Selangor baru-baru ini telah menetapkan seramai 10 orang waris dibenarkan memasuki tanah perkuburan dan berada di zon menunggu yang ditetapkan untuk proses pengebumian jenazah Covid-19.

Namun, mereka tidak boleh berada dalam kumpulan di tanah perkuburan Islam seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kariah masjid semasa tempoh Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut laporan yang dipetik oleh Berita Harian, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata untuk proses pengebumian secara berkumpulan jenazah Covid-19 hanya dua waris dibenarkan untuk memasuki tanah perkuburan dan berada di zon menunggu di tanah perkuburan seliaan dua pihak itu.

Manakala, bagi pengebumian kariah Covid-19 seliaan masjid pula, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa tanah perkuburan berpusat bagi pengebumian jenazah dan proses pengebumian akan dilaksanakan oleh petugas kubur atau sukarelawan pertubuhan bukan Islam kerajaan (NGOI) yang mendapat tauliah pihaknya.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: JAWIWP melalui Facebook)

Bagi pengebumian di tanah perkuburan bawah PBT, ia akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

20 orang waris dan lima AJK masjid dibenarkan untuk kematian biasa

Seramai 20 waris dan lima ahli jawatankuasa (AJK) masjid dibenarkan hadir untuk pengebumian kematian biasa bagi bacaan talkin serta tahlil selepas jenazah dikebumikan di tanah perkuburan kariah seliaan masjid.

Manakala untuk aktiviti menziarahi kubur pula, keluarga atau saudara tidak melebihi lima waris pada satu-satu masa dan dihadkan selama 30 minit sahaja.

Mengulas lanjut, untuk pengebumian kematian biasa di tanah perkuburan bersepadu seliaan PBT – kehadiran hanya 10 waris dan dibenarkan membawa imam serta pembantunya untuk bacaan talkin dan tahlil.

Menziarahi kubur keluarga atau saudara pula tidak melebihi dua orang waris pada satu-satu masa dan dihadkan selama 20 minit sahaja.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Walau bagaimanapun, individu terlibat perlu melengkapi dua dos vaksin serta hanya melakukan aktiviti ziarah pada waktu yang dibenarkan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd