Now Reading
960 Bayi, Kanak-kanak & Remaja Dijangkiti Covid-19 Di Sabah

960 Bayi, Kanak-kanak & Remaja Dijangkiti Covid-19 Di Sabah

Setakat Mei 2021, sejumlah 82,341 kanak-kanak di seluruh negara telah disahkan positif Covid-19.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Hari ini (27 Ogos), Sabah telah mencatatkan negeri yang kedua tertinggi dengan 3,487 kes positif Covid-19 dilaporkan.

Menurut laporan, seramai 31 bayi berusia di bawah satu tahun antara yang disahkan positif Covid-19 daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Sabah pada Khamis (26 Ogos), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Jurucakap khas Covid-19 Sabah itu berkata, 297 kes yang dilaporkan di Sabah adalah kanak-kanak berusia antara 1 hingga 5 tahun.

Manakala, 632 orang berusia antara 6 hingga 17 tahun.

Seluruh daerah di Sabah dikatakan telah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dengan jumlah catatan sebanyak 1,992 kes setelah dikesan melalui saringan kontak rapat.

Beberapa kawasan di negeri itu kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Kanak-kanak dalam bahaya

Setakat Mei 2021, dilaporkan bahawa sejumlah 82,341 kanak-kanak di seluruh negara telah disahkan positif Covid-19.

19,851 kes yang direkodkan adalah kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, sementara 8,237 kes lain melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun.

26,851 kes pula disahkan pada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, sementara 27,402 kes lagi adalah dari mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun.

Kini semakin tinggi jumlah kanak-kanak yang dikatakan telah dimasukkan ke hospital akibat gejala Covid-19, dengan beberapa daripada mereka terpaksa dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi).

Bagaimanapun, bekas Menteri Program Imunisasi Covid-19 Nasional (PICK) Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengumumkan bahawa vaksinasi untuk kanak-kanak berusia antara 12 hingga 17 tahun akan bermula pada bulan September nanti dengan memberi keutamaan kepada pelajar sekolah yang lebih tua dan mereka yang mempunyai penyakit.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd