Now Reading
[Terkini] Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9

[Terkini] Ismail Sabri Sah Dilantik Sebagai Perdana Menteri Ke-9

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu) pada jam 2:30 petang di Istana Negara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa hari ini (20 Ogos), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilaporkan akan mengumumkan individu yang bakal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah mesyuarat dengan Raja-raja Melayu.

Pertemuan itu telah berlangsung pada jam 2:30 petang tadi.

Kredit: Firdaus Latif/Malay Mail

Persaingan tentang siapakah calon Perdana Menteri seterusnya mula berlaku sejurus Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin mengumumkan perletakan jawatannya di televisyen secara langsung – mengakhiri sejarah kerajaan Parikatan Nasional selama lebih kurang 17 bulan.

BACA SINI: [Terkini] Mahiaddin Umum Letak Jawatan Sebagai Perdana Menteri

Saya ingin memohon maaf atas kesilapan dan kelemahan saya dalam memerintah. Saya dah ahli jemaah menteri yang lagi sudah buat yang terbaik untuk hadapi krisis yang kita hadapi ketika ini. Saya berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya negara dapat berjalan seperti biasa.

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, Bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-8.

Dua calon bersaing

Kredit: MYKMU.NET

Terdapat dua calon untuk jawatan itu tetapi laporan menunjukkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan dicalonkan dengan sokongan 114 Ahli Parlimen.

Calon lain pula adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen telah dipanggil ke Istana Negara untuk menyatakan sokongan mereka kepada Timbalan Perdana Menteri dan ianya adalah termasuk nama-nama terkenal seperti Perdana Menteri keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

BACA SINI: 114 Ahli Parlimen Dititah Ke Istana Negara Hari Ini, 19 Ogos


Keputusan muktamad dibuat oleh Agong

Hari ini dalam sejarah.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berjaya menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9.

Keputusan ini telah dimaklum oleh Istana Negara sebaik mesyuarat antara Agong dan Raja-raja Melayu berakhir sebentar tadi.

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu) pada jam 2:30 petang di Istana Negara.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd