Now Reading
[Terkini] Ismail Sabri Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

[Terkini] Ismail Sabri Dapat Sokongan Majoriti Untuk Bentuk Kerajaan Baharu

Ismail Sabri didakwa sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan parti tersebut bersetuju untuk menyokong Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon tunggal Perdana Menteri.

Memetik laporan Malay Mail, Ahli Parlimen telah memutuskan perkara ini selepas mesyuarat Dewan Tertinggi UMNO dan satu lagi mesyuarat diantara Ahli Parlimen BN malam ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata nama Ismail Sabri dipersetujui oleh semua 42 Ahli Parlimen BN untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong, sebelum jam 4 petang pada 18 Ogos.

BACA SINI: Ahli Dewan Rakyat Perlu Pilih Calon PM & Serah Undi Kepada Istana Negara Esok, 18 Ogos

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Ismail Sabri didakwa sudah mendapat jumlah sokongan melebihi majoriti 111 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan baharu.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd