Awas! Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Ribut Petir Di 11 Buah Negeri Petang Ini
Amaran ribut petir telah dikeluarkan pada jam 11.45 pagi dan 12:50 tengah hari tadi.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Mungkin ramai yang perasan, cuaca pada ketika ini tidak menentu.
Pada mulanya panas di pagi hari, bertukar mendung, dan akhirnya hujan tanpa henti. Malah, ada sesetengah kawasan sudah mulai dinaiki air banjir oleh kerana hujan tidak berhenti selama beberapa jam.

Hati-hati semua. Jika anda penunggang motosikal, sila berhati-hati dan berhenti dahulu sementara menunggu hujan reda.
Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Met Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di beberapa buah negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga petang ini.
Amaran ribut petir telah dikeluarkan pada jam 11.45 pagi dan 12:50 tengah hari tadi.
Antara negeri-negeri yang terlibat adalah:
- Perlis
- Kedah: (Langkawi, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim)
- Pulau Pinang
- Perak: (Batang Padang dan Muallim)
- Kelantan: (Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh)
- Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman)
- Pahang: (Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin)
- Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)
- Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau)
- Johor: (Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
- Sarawak: Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat)
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/jHVSO0LguH
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 18, 2021
#ributpetirmetmalaysia#metmalaysia #MenangBersama#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/oI0lwqYdUb
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) August 18, 2021
Orang ramai disarankan untuk sentiasa berwaspada ketika menghadapi cuaca seperti ini dan duduk di rumah jika tiada keperluan serta urusan di luar.
Be careful!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.