Now Reading
[Terkini] Pilihan Raya Mungkin Diadakan Pada Julai Tahun Depan, Kata PM

[Terkini] Pilihan Raya Mungkin Diadakan Pada Julai Tahun Depan, Kata PM

Menurut PM, pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya pada Julai 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin telah mengadakan satu sidang ucapan khas secara langsung.

Mahiaddin mengatakan bahawa beliau sebagai seorang Perdana Menteri memikul tanggungjawab yang berat mengurus pandemik sejak setahun lalu.

Dalam keadaan ini, beliau menjelaskan bahawa beliau mempunyai dua pilihan menurut Perlembagaan Negara iaitu, memohon untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya atau meletak jawatan.

Menurutnya lagi, pilihan yang mudah adalah untuk beliuau meletak jawatan dan melepaskan semua tugas.

“Namun jika saya meletak jawatan maka seluruh anggota Jemaah Menteri perlu meletak jawatan bermakna kerajaan Perikatan Nasional juga akan jatuh dan tiada seorang wakil rakyat pun dapat buktikan mereka mempunyai sokongan majoriti,” kata Mahiaddin.

Beliau turut menjelaskan telah mencapai satu kata sepakat untuk berunding dengan pimpinan parti-parti di luar Perikatan Nasional untuk meluluskan usul undi percaya kepada Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

Ini akan membolehkan kerajaan yang ada pada hari ini terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba suatu masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat. Usul undi percaya ini hanya boleh diluluskan dengan sokongan bi- partisan di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Beliau turut menambah bahawa sekiranya sekiranya kerajaan berjaya mendapatkan sokongan bi-partisan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang melebihi majoriti dua pertiga, suatu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan untuk menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja dan Rang Undang- Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

Jelas beliau lagi, cadangan rangka persefahaman rentas parti yang akan dilaksanakan sekiranya usul undi percaya diluluskan Dewan Rakyat.

Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 tanpa menunggu pelaksanaan pendaftaran automatik yang akan mengambil masa. Untuk itu, satu Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan di Parlimen bagi tujuan ini.

Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bi-partisan di Parlimen. Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua, mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera. Maka, saya dengan penuh takzimnya menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan cadangan-cadangan ini pada minggu hadapan.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Beliau turut mengatakan sekiranya cadangan kerjasama bi-partisan ini dipersetujui, beliau akan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Akhir kata, beliau menyatakan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya pada Julai 2022.

Keutamaan saya hanyalah untuk memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara.

Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd