Kami Sediakan Step-by-Step Sebelum Anda Mula Langgan Disney+ Hotstar
Banyaknya konten-konten yang best!
Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!
Finally! Disney+ Hotstar akhirnya sampai di Malaysia bermula 1 Jun lalu. Dan kini, anda dapat menontonnya melalui peranti pilihan sama ada telefon bimbit, komputer riba, tablet atau pun Android TV/Apple TV.
Perkhidmatan penstriman ini tidak hanya memiliki konten dari House of Mouse, tetapi juga menayangkan filem tempatan.
Tapi sebelum itu, ini adalah antara perkara-perkara yang perlu anda tahu:

Bagaimana langganan ini berfungsi?
Pelan langganan Disney+ Hotstar Malaysia adalah RM 54.90 selama 3 bulan, iaitu sekitar RM18.30 sebulan. Langganan anda akan bermula pada hari pembayaran anda diterima dan berakhir 3 bulan kemudian.

Macam mana pula kalau saya pelanggan Astro?
Sekiranya anda pelanggan Astro, anda boleh mengaktifkan akses Disney+ Hotstar anda mulai 1 Jun dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Pergi ke astro.com.my/Disney
- Log masuk dengan ID Astro anda
- Masukkan nombor telefon bimbit anda untuk mengaktifkan hak anda
- Masukkan Pin (OTP)
- Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar atau pergi ke DisneyplusHotstar.my
- Log masuk dengan nombor telefon bimbit dan OTP anda
Kaedah pembayaran yang boleh digunakan?
Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang boleh anda gunakan untuk melanggan Disney+ Hotstar iaitu: kad kredit, kad debit, bil terus ke Apple App store dan perbankan internet.
Peranti mana yang menyokong Disney+ Hotstar?
Seperti yang disebutkan di atas, terdapat pelbagai cara untuk menonton Disney+ Hotstar, seperti:
Gunakan desktop atau laptop browser
- Chrome (versi 75+)
- Safari (version 11+)
- Microsoft Edge (versi 79+)
- Firefox
Gunakan telefon atau tablet
- Android mobile 4.4.4+
- iOS v10+
- iPad v10+
- Mobile web
Gunakan peranti di ruang tamu rumah
- Android TV (OS 7.0 atau ke atas)
- Chromecast [Gen2 ke atas (Firmware 1.43+)]
- Apple tvOS 11+ (Gen 4 ke atas)

Berapa banyak peranti yang boleh saya gunakan untuk stream?
Berdasarkan maklumat di laman web mereka, Disney+ Hotstar akan membolehkan anda menonton pada dua peranti secara serentak di setiap akaun langganan.
Sekiranya terdapat mesej “Anda cuba mengakses video dari lebih dari dua peranti” muncul, kemungkinan peranti anda telah melebihi had. Oleh itu, untuk terus menonton salah satu, caranya adalah:
- Hentikan video sebelumnya dan cuba untuk memainkan video semasa.
- Pilih pilihan untuk ‘Log Out All Devices’ pada mesej. Anda boleh melihat langkah-langkah untuk melakukannya di aplikasi mudah alih atau desktop anda. Selepas itu, anda akan dapat log masuk pada peranti tersebut.
Bagaimana cara untuk tonton?
Sekiranya anda sudah memuat turun aplikasi di telefon anda (sama ada iOS atau Android), boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi Disney+ Hotstar
- Klik pada menu 3 baris di sudut kiri atas aplikasi
- Klik ‘Log Masuk’
- Masukkan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan
- Klik ‘Teruskan’
- Anda akan menerima kod pengesahan 4 digit melalui SMS
- Masukkan kod 4 digit ke aplikasi
- Klik ‘Teruskan’
Sekiranya anda menggunakan desktop atau komputer riba, anda hanya perlu ikuti langkah berikut:
- Pergi ke disneyplushotstar.my
- Klik ‘Log Masuk’ di sudut kanan atas
- Masukkan nombor telefon bimbit anda yang didaftarkan
- Klik ‘Teruskan’
- Anda akan menerima kod pengesahan 4 digit melalui SMS
- Masukkan kod 4 digit ke aplikasi
- Klik ‘Teruskan’
Sekiranya anda ingin menggunakan peranti di ruang tamu seperti Apple TV, anda perlu memuat turun aplikasi ini terlebih dahulu, kemudian ikuti langkah-langkah di bawah:
- Buka aplikasi Disney + Hotstar pada peranti
- Anda akan ditunjukkan kod
- Pergi ke www.hotstar.com/my/activate melalui telefon atau komputer riba anda
- Log masuk ke akaun Disney+ Hotstar anda
- Masukkan kod yang ditunjukkan di TV
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.