Now Reading
Kekurangan Pekerja Sosial Jadi Cabaran Dalam Usaha Lindungi Kanak-kanak Dari Gangguan Seksual [Pendapat]

Kekurangan Pekerja Sosial Jadi Cabaran Dalam Usaha Lindungi Kanak-kanak Dari Gangguan Seksual [Pendapat]

Ada mangsa penderaan seksual kanak-kanak yang tidak mendapat pertolongan sepatutnya disebabkan kekurangan Pekerja Sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Oleh:

Asmar Bakhari
Pekerja Sosial, Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang


Hari Pekerja Sosial Sedunia pada 19 Mac menandakan 16 Hari Aktivisme untuk Menentang Keganasan Berasaskan Jantina, yang berakhir pada Hari Hak Asasi Manusia pada Disember 10. Sempena tempoh ini, saya ingin memberi penekanan kepada kepentingan peranan pekerja sosial serta Akta Kerja Sosial di Malaysia. 

Selama 50 tahun, Malaysian Association of Social Workers (MASW) telah bekerja tanpa jemu untuk mengkategorikan kerja sosial sebagai satu kerjaya profesional. Namun, hal ini tidak diambil serius dan akta ini masih sedang dirangka sejak tahun 2010 sehingga kini.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa negara Malaysia agak ketinggalan di dalam aspek ini, sedangkan Akta Pekerja Sosial telah dikawal selia di negara Filipina sejak 1965, Singapura sejak 2009, Thailand sejak 2013, dan Indonesia sejak 2019.

Kes penderaan seksual kanak-kanak meningkat

Semasa, Malaysia masih sedang merangka Akta Kerja Sosial, kes-kes penderaan seksual kanak-kanak saban hari makin meningkat. Antara tahun 2020 dan 2022 sahaja, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah merakamkan sebanyak 18,750 kes-kes penderaan seksual kanak-kanak.

Ini hanya jumlah data yang dilaporkan, bayangkan berapa banyak kes-kes yang tidak dilaporkan tetapi berlaku di luar sana. Walaupun dengan kes yang tinggi, kita masih kekurangan Pekerja Sosial. 

Kekurangan pekerja sosial sukarkan usaha bantu mangsa

Pada masa kini, di Malaysia, seorang Pekerja Sosial perlu mengendalikan sebanyak 8576 orang, berbanding Singapura seorang Pekerja Sosial untuk 3025 orang dan di Amerika Syarikat seorang Pekerja Sosial untuk 490 orang.

Dapat dilihat di sini bahawa, sebenarnya beban tugas seorang Pekerja Sosial di Malaysia adalah lebih berat berbanding negara lain. Walaupun begitu, Pekerja Sosial masih lagi tidak dianggap tidak penting dan hanya ditawarkan gaji yang tidak seberapa dengan tugas yang berat dan banyak. 

Sebagai seorang Pekerja Sosial yang berkerja di Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Penang, situasi ini amat membimbangkan. Terutamanya, kepada mangsa penderaan seksual kanak-kanak yang tidak mendapat pertolongan sepatutnya disebabkan kekurangan Pekerja Sosial. Mereka bersendirian melalui proses sukar dan trauma. Hal ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal dan mental mereka.  

Oleh demikian, di atas keprihatinan inilah sekumpulan sukarelawan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan WCC pada 38 tahun yang lalu. Sejak tahun1985 Pusat Kesedaran Wanita (WCC) tekad menolong kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual dan juga keluarga mereka. Pada masa ini, WCC juga bekerjasama dengan Pusat Krisis Bersepadu (OSCC) di enam buah hospital kerajaan di Penang untuk memastikan mangsa penderaan seksual mendapat kaunseling dan sokongan emosi.

Pekerja sosial tawar kaunseling untuk mangsa dan keluarga

Sebagai seorang pekerja sosial di WCC, saya membuat penilaian bagi setiap kes dan memberikan sokongan paling sesuai untuk klien tersebut. Saya menawarkan kaunseling untuk kanak-kanak dan keluarga mereka. Selain itu, saya juga akan mengesyorkan terapi permainan untuk menolong kanak-kanak penderaan seksual pulih daripada trauma mereka. Saya juga memastikan kanak-kanak penderaan seksual faham bahawa tragedi yang menimpa mereka bukan salah mereka.

Kaunseling keluarga pula dapat memulihkan jurang komunikasi antara mangsa dan keluarga mereka. Dimana, saya membantu ahli keluarga untuk memahami tentang peranan mereka sebagai sistem sokongan terdekat mangsa.

Selain itu, saya turut membantu mangsa dan keluarga dengan maklumat perundangan seperti membuat laporan polis, mengetahui hak-hak mereka, dan menjadi penghubung antara Timbalan Pendakwa Raya dengan mangsa. Saya juga akan turut menemani kanak-kanak penderaan seksual dan keluarga mereka ke mahkamah untuk membantu mereka memahami proses sistem keadilan serta memberikan sokongan emosi.

Kami di WCC sangat mengutamakan program pencegahan penderaan seksual kanak-kanak. Sebagai seorang pekerja sosial, tanggungjawab saya ialah untuk menyebarkan maklumat kepada komuniti-komuniti, ibu-bapa, dan masyarakat tentang ancaman keselamatan semasa yang boleh menimpa kanak-kanak.

Pada masa ini, kami menyebarkan maklumat tentang taktik-taktik yang digunakan di atas talian untuk menyasarkan kanak-kanak yang aktif di media sosial. Selain itu, saya mengajar kanak-kanak mengenai perbezaan antara sentuhan selamat dan tidak selamat.

Kanak-kanak penderaan seksual akan rasa seperti dunia mereka dalam keadaan huru-hara. Tanggungjawab saya adalah untuk membantu mereka pulih daripada trauma mereka. Saya bermula dengan menjalin hubungan yang baik supaya kanak-kanak ini mempercayai saya dan akan rasa selesa untuk sentiasa hadiri sesi kaunseling. Saya juga menjadi seorang pendengar aktif supaya kanak-kanak ini lebih bermotivasi untuk meluahkan perasaan dan menghadapi trauma mereka.

Melalui pengalaman saya, kebanyakan klien kanak-kanak saya mudah menjadi sasaran penderaan seksual kerana kurang perhatian daripada ibu bapa. Mereka mempunyai anggapan yang ibu bapa tidak menyayangi mereka dan lebih sayangi adik-beradik lain.

Hal ini telah memudahkan pemangsa untuk mengambil kesempatan dengan mencurahkan kasih sayang bermotif. Oleh demikian, saya akan memberikan pendedahan mengenai kemahiran keibubapaan kepada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut supaya kanak-kanak tidak rasa dipinggir lagi.

Selain itu, perasaan tidak yakin diri dan tidak tahu nilai diri akan menyekat proses pemulihan kanak-kanak penderaan seksual. Saya menggunakan sesi kaunseling untuk menolong kanak-kanak penderaan seksual mengesan dan memperkembangkan kekuatan mereka. Dengan ini, mereka akan lebih menyayangi diri dan risiko untuk mereka menjadi mangsa penderaan seksual sekali lagi akan menurun. 

Kerja sosial ini penuh dengan cabaran. Contohnya, penderaan merupakan isu yang sentiasa mengalami perkembangan. Oleh itu, saya perlu sentiasa mengkaji perubahan trend semasa, seperti taktik baharu pemangsa, kewujudan pelbagai aplikasi berkencan dan cara percakapan kanak-kanak dan remaja zaman ini.

Lebih-lebih lagi, peranan pekerja sosial tidak terhad malah berlapis-lapis. Tidak ramai masyarakat Malaysia yang tahu mengenai peranan pekerja sosial dan kadangkala, hati saya pilu kerana ini. Namun begitu, ini tidak mematahkan semangat saya untuk terus menolong masyarakat yang memerlukan bantuan pekerja sosial.

Kempen Wira Antara Kita yang dilaksanakan oleh UNICEF dan MASW menyedarkan orang ramai betapa penting peranan kami dalam kehidupan kanak-kanak, keluarga, dan masyarakat. Kempen ini juga meraihkan sokongan awam untuk pengiktirafan profesional pekerja sosial, peningkatan pelaburan dalam kerja sosial, dan kelulusan Akta Kerja Sosial.

Akta ini akan memastikan hanya pekerja sosial yang berdaftar, terlatih dan mempunyai kelulusan yang sesuai sahaja boleh menjadi Pekerja Sosial. Dengan ini, kualiti dan gaji Pekerja Sosial di Malaysia akan meningkat. Lebih ramai orang akan menghormati kerja kami dan tenaga kerja kami serta kami turut berpotensi untuk berkembang. Hal ini kerana, kami bukan sukarela tetapi Pekerja Sosial merupakan suatu kerjaya profesional dan terlatih. 

Saya berdoa agar tidak lama lagi, Akta Kerja Sosial akan diluluskan kerana ini akan meringankan beban kami apabila lebih ramai Pekerja Sosial terlatih dilantik. Sebagai seorang pekerja sosial, saya hanya mahu membantu orang ramai menghadapi dan pulih daripada trauma mereka. Mungkin satu hari di masa depan, orang-orang yang kami bantu akan menghulurkan tangan mereka kepada individu yang memerlukan.


Untuk maklumat lanjut:

Tentang kempen Wira Antara Kita: https://www.masw.org.my/wira-antara-kita

Tentang WCC, Penang: https://www.wccpenang.org/Tentang Hari Pekerja Sosial Sedunia: https://www.ifsw.org/social-work-action/world-social-work-day/world-social-work-day-2024/


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd