Now Reading
Julie’s Lancar 2 Perisa Baharu, Mesti ‘In Love’ Punya!

Julie’s Lancar 2 Perisa Baharu, Mesti ‘In Love’ Punya!

Dua perisa biskut sandwic terbaharu itu ialah Cili Manis dengan Krim keju dan juga Krim Masam & Bawang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja tentang Julie’s pasti anda sudah dapat membayangkan pelbagai jenis perisa biskut yang dikeluarkan oleh jenama ini.

Antara yang sering menjadi pilihan ramai pastinya peanut butter sandwic, cheese sandwic, love letter serta banyak lagi.

Julie’s perkenal dua perisa biskut baharu

Semalam 7 Mac, Julie’s telah memperkenalkan dua perisa biskut sandwic terbaharu iaitu Cili Manis dengan Krim keju dan juga Krim Masam & Bawang di Sunway Pyramid Blue Concourse.

Dua perisa baharu ini pastinya menepati cita rasa masyarakat di negara ini yang gemarkan sesuatu yang pedas, masam dan unik.

Dua perisa baharu yang unik sesuai dengan cita rasa masyarakat Malaysia

Pelancaran dua perisa baharu ini menandakan jenama Julie’s sudah sedia berkembang dalam pasaran biskut sandwic yang kebiasaannya didominasi oleh biskut yang manis.

“Dalam landskap kulinari kini yang semakin berkembang pesat, pelanggan Malaysia sentiasa ingin mencari pengalaman kulinari yang baru dan eksotik. Oleh itu, Julie’s sangat teruja untuk melancarkan biskut sanwic terbaharu kami yang akan memperkenalkan pengalaman kulinari yang unik untuk pelanggan.

“Biskut sandwic terbaharu Julie’s dalam perisa Cili Manis dengan Krim Keju dan Krim Masam & Bawang bukan sahaja akan menarik perhatian dengan rasanya yang menyelerakan tetapi dengan gabungan perisanya yang inovatif.

“Dalam pasaran yang tepu dengan biskut sandwic manis, kami telah melepasi sempadan dan mencabar status quo melalui pelancaran kombinasi biskut yang eksotik ini. Di Julie’s, kami komited untuk meneruskan inovasi produk biskut kami supaya pelanggan sentiasa mendapat akses kepada tawaran dan kombinasi biskut yang paling menarik dan lazat,” jelas Pengarah Biskut Julie’s Tzy Horng Sai.

Mengandungi khasiat dari bahan berkualiti

Bukan hanya itu, biskut ini juga dibuat dengan bahan yang berkualiti dan berkhasiat di mana ia mengandungi:

  • Sumber protein yang baik
  • Rendah kolestrol
  • Asid lemak trans
  • Diperbuat daripada bahan-bahan bukan Genetically Modifies Organism (GMO)

Bungkusan biskut Julie’s ini direka bentuk untuk dijadikan mudah alih atau “to-go” agar ia mudah untuk dimakan dan ia mengandungi sebanyak 10 pek kecil (Convi pack) dengan empat kepingan biskut.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang pameran berlangsung

Selain pelancaran, Julie’s turut menganjurkan pameran biskut sandwic ekslusif ini bermula 7 hingga 10 Mac di Sunway Pyramid Blue Concourse. Apa yang lebih menarik pelbagai aktiviti menyeronokkan turut diadakan sepanjang pameran berlangsung.

Antara aktiviti yang diadakan adalah:

  • Pelanggan boleh menyaksikan persembahan papan laju atau skateboard.
  • Bengkel skateboard yang dikendalikan oleh pemain profesional.
  • Bertemu ramah bersama artis tempatan terkenal seperti Zozo dan Cloakwork pada 9 Mac.
  • Mereka yang menyertai temu ramah berpeluang memenangi lencana dan tiga papan laju atau skateboard Julie’s.
  • Nikmati permainan interaktif seperti Biskut ‘Ninja’ Julie’s dan aktiviti mewarna.

Bukan hanya itu, penggemar biskut juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah ekslusif dengan setiap pembelian.

Cara untuk menang hadiah tersebut adalah:

  • Pembelian empat pek biskut sandwic akan melayakkan pembeli mendapat empat hadiah jenama Julie’s seperti keychain, tas tangan, lencana yang direka oleh Zozo dan beg beli-belah Julie’s.
  • Pengunjung yang belanja RM50 atau lebih dalam satu resit akan menerima satu set stokin duet Julie’s edisi terhad.
  • Pelanggan yang berbelanja dengan jumlah yang banyak berpeluang membawa pulang beg bagasi skuter AirWheel SE3S.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd