Now Reading
“Beli Pakaian Mengandungi Lebih 50% Poliester Macam Kena Scam” – Murah Tapi Berkualiti Rendah

“Beli Pakaian Mengandungi Lebih 50% Poliester Macam Kena Scam” – Murah Tapi Berkualiti Rendah

Menurut Council of Fashion Designers of America (CFDA), poliester merupakan jenis fabrik yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terdapat pelbagai jenis fabrik yang digunakan bagi penghasilan pakaian seperti kapas, kain linen, denim dan poliester.

Harga bagi setiap jenis fabrik berbeza dan akan secara umumnya mempengaruhi harga pakaian yang menggunakannya.

Pelbagai jenis fabrik tekstil. (Sumber: Google).

Baru-baru ini, netizen mula mempersoalkan harga pakaian satu jenama antarabangsa yang menunjukkan peningkatan mendadak. Pakaian berkenaan mengandungi 65% fabrik poliester dan 35% nilon.

Menurut seorang pengguna laman X (@aidanSUI), pengguna yang membeli pakaian mengandungi lebih 50% bahan poliester seolah-olah telah tertipu, apatah lagi jika dibeli pada harga yang tinggi.

Dia mendakwa poliester merupakan jenis fabrik termurah dan dikitar semula daripada bahan plastik.

Dalam masa yang sama, beberapa orang berkata harga mahal pakaian berkenaan adalah wajar memandangkan ia merupakan jenama yang terkemuka.


Poliester Jenis Fabrik Paling Banyak Digunakan Di Dunia

Menurut Council of Fashion Designers of America (CFDA), poliester merupakan jenis fabrik yang paling banyak digunakan di seluruh dunia.

Merupakan sejenis gentian (fiber) sintetik, poliester kebiasannya dihasilkan menggunakan petroleum. Kini, lebih banyak alternatif lain yang wujud seperti poliester yang diperbuat daripada plastik dikitar semula, tanaman pertanian, malah bahan buangan.

Dihasilkan pada tahun 1941 oleh ahli kimia Britain John Rex Whinfield dan James Tennant Dickson, gentian poliester mula menjadi popular pada sekitar 1970-an kerana harganya yang lebih murah, tahan lasak, dan tidak mudah kedut.

Data oleh Textile Exchange Preferred Fiber Materials Report 2017 menunjukkan poliester merangkumi sekitar separuh pasaran gentian dan 80% gentian sintetik keseluruhan.

Pada tahun 2016, penghasilan gentian poliester adalah sebanyak 52 juta metrik tan, dan meningkat kepada 57.1 juta metrik tan pada 2020.

Roger Lee, Ketua Pegawai Eksekutif TAL Apparel, berkata pada CNBC bahawa tiada bahan mentah lain yang sama murah dan serba boleh seperti poliester.

Kebanyakan pakaian mengandungi bahan poliester. (Sumber gambar: Unsplash).

Pakaian Poliester Panas & Tak Serap Peluh

Sifat poliester yang tahan lama menyebabkan ia dilihat sebagai satu jenis fabrik yang tidak mampan.

Walaupun gentian poliester kebiasannya diperbuat daripada plastik jenis polyethylene terephthalate (PET) dan boleh dikitar semula, ia tidaklah benar-benar ‘hijau’ dan bukan pilihan yang mampan.

Selain itu, pakaian dengan gentian poliester lebih sesuai digunakan di tempat sejuk memandangkan ia memerangkap haba. Di Malaysia, pakaian jenis ini adalah tidak sesuai kerana ia tidak dapat menghasilkan aliran udara.

Malah, gentian ini tidak boleh menyerap peluh dengan baik, menjadikannya tidak sesuai untuk produk sukan.

Penyelidik dari Ghent University di Belgium berkata sesetengah bakteria kulit lebih senang membiak di pakaian sintetik seperti poliester. Secara tidak langsung, perkara ini menyebabkan badan lebih mudah berbau apabila memakai pakaian dengan fabrik sintetik.

Pakaian mengandungi poliester tidak sesuai digunakan di negara bercuaca panas. (Sumber gambar: Unsplash).

Fabrik Poliester Cemarkan Alam Sekitar & Tidak Bagus Untuk Kesihatan

Di samping itu, beberapa kajian yang dijalankan mendapati bahawa poliester apabila dibasuh akan membebaskan mikroplastik. Menurut Laura Díaz Sánchez dari Ocean Clean Wash, sebanyak sembilan juta mikroplastik dilepaskan ke dalam air dengan hanya satu cucian.

Mikroplastik dengan ukuran kurang dari lima milimeter, dilepaskan ke dalam air dan udara, menyebabkan ia dimakan secara tidak sengaja oleh haiwan dan juga manusia.

Penyelidik di University of Groningen menemukan dapatan bahawa gentian sintetik di dalam fabrik seperti poliester akan menyebabkan paru-paru sukar sembuh, terutamanya bagi mereka yang dijangkiti virus COVID19 dan kanak-kanak dengan paru-paru yang masih berkembang.

Satu kajian oleh Stockholm University mendapati kandungan bahan toksin kuinolina dan amina aromatik adalah paling tinggi dalam fabrik jenis poliester.

Menurut Breast Cancer Prevention Partners (BCPP), amina aromatik adalah sejenis karsinogen dan boleh meningkatkan risiko kanser payudara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd