Now Reading
[Video] Fizo Omar Perjelas Alami Vertigo, Mungkin Akibat Hentakan Di Kepala

[Video] Fizo Omar Perjelas Alami Vertigo, Mungkin Akibat Hentakan Di Kepala

Pelakon tersebut terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selama tiga hari kerana mengalami masalah berkenaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malang tidak berbau dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Kemalangan atau insiden yang teruk boleh menyebabkan kecederaan yang berpanjangan.

Pelakon Fizo Omar, baru-baru ini telah mengalami masalah vertigo. Katanya kepada media Utusan Malaysia, ia mungkin terjadi kerana dia terhantuk pada satu objek keras sebelum itu.

Menurut hantaran di akaun Instagramnya, dia berasa seolah-olah biliknya berpusing ketika sedang solat dan jatuh tersembam. Berikutan itu, dia telah dimasukkan ke dalam hospital selama tiga hari bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, dia pada mula perlu menjalani prosedur imbasan MRI dan berasa risau jika dia telah terkena strok atau serangan jantung.


Fizo Berada Di Bawah Pemantauan Di Rumah

Fizo berkata dia telah memaklumkan insiden itu kepada doktor ketika mendapatkan rawatan dan diberitahu bahawa hentakan di bahagian kepala merupakan satu kemungkinan mengalami vertigo.

Berikutan dengan insiden tersebut, Fizo perlu mengurangkan pergerakan dan terus dirawat dengan ubat-ubatan.

Dia juga telah diletakkan di bawah pemantauan di kediamannya.

Pada 18 Januari lalu, pelakon itu sepatutnya menjadi pengacara bagi rancangan Nasi Lemak Kopi O, tetapi terpaksa dikecualikan apabila pengsan akibat vertigo.


Pergerakan Fizo Masih Belum Seimbang Akibat Vertigo

Disoal tentang perkembangan kesihatannya sekarang, pengacara berusia 38 tahun itu memaklumkan keadaannya masih belum sepenuhnya stabil dan perlu berehat untuk pulih.

Fizo memaklumkan bahawa pergerakannya masih tidak seimbang. Oleh itu, dia tidak boleh bergerak terlalu banyak dan perlu bangun perlahan-lahan. Dia juga masih tidak berani memandu kereta.

Fizo mengucapkan terima kasih kepada meraka yang cakna berkenaan keadaannya dan mendoakannya.

Dia turut mengingatkan orang ramai supaya segera merujuk kepada doktor jika mengalami gejala seperti pening, sakit kepala atau pengsan.

Mungkin Allah takdirkan perkara ini berlaku kepada saya untuk beri kesedaran tentang masalah vertigo ini.

Pelakon, Fizo Omar.

Jenis & Punca Vertigo Berlaku

Vertigo merupakan simptom ketika mana seseorang merasakan sama ada dirinya mahupun persekitarannya bergerak atau berpusing. Ia boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengekalkan keseimbangannya.

Simptom lain yang berkaitan dengan vertigo adalah pening kepala dan rasa mual atau muntah.

Sesetengah kes vertigo tidak memerlukan rawatan. Namun jika ia berlanjutan, antara rawatan yang boleh dilakukan adalah pergerakan kepala dikenali sebagai gerakan Epley, ubat-ubatan seperti prochlorperazine dan antihistamin, dan latihan pemulihan vestibular (VRT).

Untuk makluman, terdapat dua jenis vertigo iaitu ‘peripheral’ dan ‘central’.

Vertigo ‘peripheral’ berlaku kerana masalah yang terbit daripada bahagian telinga dalam salur separuh bulat, yang mengawal keseimbangan badan.

Gambar rajah telinga. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Ia juga mungkin disebabkan oleh saraf vestibular yang menyambungkan telinga dalam dengan batang otak (brain stem). Vertigo jenis ini boleh terjadi disebabkan oleh perkara berikut:

  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).
  • Kecederaan seperti di bahagian kepala.
  • Keradangan pada saraf vestibular (neuronitis).
  • Kerengsaan dan bengkak pada telinga dalam.

Vertigo ‘central’ pula berlaku akibat masalah di otak, terutamanya di tulang otak atau di bahagian belakang otak (cerebellum). Antara punca masalah ini adalah:


Mendapatkan Rawatan Bagi Vertigo

Sebagai tambahan, penulis turut mengalami keadaan vertigo yang disebabkan oleh BPPV.

Keadaan ini disedari apabila penulis mulai mengalami beberapa simptom seperti pening kepala, sukar memfokuskan penglihatan, badan tidak seimbang dan bunyi berdesing dalam telinga.

Simptom lain vertigo ‘peripheral’ adalah kehilangan pendengaran pada satu atau kedua-dua belah telinga serta mual dan muntah.

Berdasarkan pengalaman penulis, rawatan bagi vertigo perlu didapatkan daripada doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) juga dikenali sebagai otolaryngologi.

Rawatan yang diberikan adalah dalam bentuk ubat-ubatan iaitu kalsium, vitamin D dan vitamin B kompleks, serta kaedah fisioterapi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd