Lelaki Disyaki Godam Data Agensi Kerajaan & Di Laman ‘Dark Web’ Ditahan
Menurut Pengarah JSJ, lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember (Jumaat) lalu sementara siasatan dilengkapkan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Saban hari ada sahaja kes mengenai individu yang menjadi mangsa godam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Malah mereka menjadikan kepakaran di dalam bidang IT sebagai senjata untuk memerangkap mangsa demi keuntungan diri sendiri.
Lebih parah apabila ada yang berani mengodam data hak milik kerajaan dengan sewenang-wenangnya untuk kepentingan sendiri.
Lelaki ditahan lepas disyaki godam dan jual data hak milik agensi kerajaan
Pada 25 Disember lalu, polis telah bertindak menahan seorang lelaki yang disyaki menggodam serta menjual data hak milik agensi kerajaan. Malah dia turut didakwa menjual data terbabit di laman sesawang ‘dark web’.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan suspek yang disyaki terbabit dalam kes tersebut ditahan di Kuala Lumpur.
Bayar guna mata wang kripto
Menerusi hasil siasatan mendapati suspek berusia 24 tahun tersebut disyaki menjual data di laman sesawang berkenaan dengan harga AS$200 (RM927) bagi setiap set data. Manakala kaedah pembayarannya pula dengan menggunakan mata wang kripto.
“Pengesanan terhadap lelaki itu berjaya dilakukan hasil kecekapan Unit Siasatan Jenayah Cryptocurrency, JSJK.
“Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis pada 29 Disember (Jumaat) lalu sementara siasatan dilengkapkan,” jelasnya, dipetik Harian Metro.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.
Optimis SemakMULe mampu bantu orang ramai elak jadi mangsa scam
Sementara itu, beliau optimis portal SemakMULE yang disediakan kerajaan dapat membantu orang ramai dari terus menjadi mangsa scam.
“Setakat ini, sejumlah 160,095 akaun bank serta nombor telefon disenaraikan di dalam portal ini.
“Sejak mula dibuka sehingga sekarang, portal SemakMULE sudah dilawati sebanyak 24,257,824 kali dan jumlah carian yang dibuat mencecah 21,215,287 carian.
“Kita percaya, maklum balas terbabit membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka dari dipindahkan ke akaun scammer.
“Masyarakat dinasihatkan terus menggunakan kemudahan ini untuk mengelakkan kerugian akibat terpedaya dengan scammer.”
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram