Now Reading
Kes Dadah: Yasin Dilepas & Dibebaskan, Mahkamah Perintah Ke Hospital Bahagia

Kes Dadah: Yasin Dilepas & Dibebaskan, Mahkamah Perintah Ke Hospital Bahagia

Sewaktu prosiding bela diri, Yassin diwakili peguam, Ariff Azami Hussein manakala Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Am mengendalikan pendakwaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini (29 Nov) melepas dan membebaskan penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman atas pertuduhan tiga kes dadah.

Namun Hakim Faiz Dziyauddin memerintah Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman ditempatkan di Hospital Bahagia, Perak sehingga tempoh selama mana yang diperkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sewaktu prosiding bela diri, Yassin diwakili peguam, Ariff Azami Hussein manakala Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Ahmad Zuhaini Mahamad Am mengendalikan pendakwaan.

Sebelum ini hakim mengarahkan Yasin membela diri atas tiga kes dadah selepas mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes mereka.

Sehubungan itu pasukan pembelaan telah memanggil satu-satunya saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.

Sehubungan itu pasukan pembelaan telah memanggil satu-satunya saksi pembelaan iaitu Pakar Perunding Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Ian Lloyd Anthony.

Dr Ian Lloyd dalam keterangannya kemudiannya mencadangkan agar Yasin menjalani rawatan secara berterusan akibat kecelaruan bipolar (bipolar disorder) yang dialaminya sejak 2009.

Jellas beliau, penyanyi itu mengalami gejala-gejala bipolar mania antaranya:

  • Perubahan mood yang melampau
  • Perasaan yang tidak realistik
  • Paranoia
  • Berhalusinasi untuk tempoh tertentu di antara 2009 dan tahun lalu.

Jelasnya hasil pemerhatian turut mendapati Yasin berada dalam keadaan tidak waras ketika kejadian.

Manakala saksi pendakwaan iaitu Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Inspektor Darwis Aripin dalam sesi pendakwaan sebelum ini berkata Yasin kelihatan cemas dan terkejut semasa polis menyerbu unit kediaman rumahnya di Damansara.

Sikap tersebut ditunjukkan Yasin selepas dia dan beberapa anggota lain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Sebagai info, pada 6 Julai tahun lalu, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram selepas pendakwaan menarik semula tuduhan dan digantikan dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Bagi pertuduhan pertama yang baharu, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram.

Bagi pertuduhan kedua, pula dia dituduh menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Untuk pertuduhan ketiga pula, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam juga pada hari sama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd