Now Reading
[Video] Tidak Menang Anugerah, Baby Shima Kata Padan Muka & Minta Zhiddin Jaga Tepi Kain Sendiri

[Video] Tidak Menang Anugerah, Baby Shima Kata Padan Muka & Minta Zhiddin Jaga Tepi Kain Sendiri

Menerusi hantaran tersebut Baby Shima atau nama penuhnya Nor Ashima seolah-olah bersetuju apabilba Zhiddin tidak memenangi apa-apa anugerah di APBN 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai influencer sastera, Zhiddin Aziz yang kecewa apabila kemenangannya dalam salah satu kategori Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 dibatalkan pada saat akhir.

Malah isu itu terus menjadi hangat apabila ia turut dibahaskan oleh beberapa Ahli Parlimen di Dewan Rakyat sehingga Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Adam Adli tampil menjelaskan perkara tersebut.

Belum lagi sempat menarik nafas berhubung isu APBN, namanya sekali lagi menjadi bualan apabila terdapat penulis yang mendakwa influencer berkenaan telah menciplak teks pidato yang diciptanya bersama juara pemidato dunia pada tahun 2011.

Baca artikel berkaitan: Penulis Dakwa Karya Teks Pidato Juara Dunia ‘Diciduk’ Zhiddin Aziz [Video]

Baby Shima ucap padan muka, minta jangan sibuk hal orang lain

Isu mengenai Zhiddin yang didakwa menciplak karya penulis itu turut menarik perhatian penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima apabila dia dilihat memberi komentar berhubung perkara itu di Instagram Story miliknya.

Menerusi hantaran tersebut Baby Shima atau nama penuhnya Nor Ashima seolah-olah bersetuju apabilba Zhiddin tidak memenangi apa-apa anugerah di APBN 2023.

“Dahlah menangis tak dapat anugerah.. lepastu menciplak karya orang pula tu.. Katanya ada harga diri, meniru karya orang tu ada harga diri ke.. Macam tu ke influencer?

“Patutlah tak boleh menang anugerah,” tulisnya sambil merujuk kepada satu laporan mStar berhubung kontroversi ciplak membabitkan influencer berkenaan.

Beri peringatan jangan sampai kain sendiri terselak

Malah dia dalam masa sama turut meminta agar influencer yang juga anak kepada personaliti televisyen arwah Aziz Desa itu untuk tidak sibuk menjaga hal orang lain.

“Lain kali jangan sibuk hal orang.. padan muka. Orang tak kacau kau.. nak sibuk sangat kacau Shima.. Terpaling ikon.

“Jangan asyik suka buat konten tentang hal orang lain dan jagalah tepi kain sendiri jangan sampai terselak,” jelasnya lagi.

Dalam satu lagi hantaran, Baby Shima turut meletakkan kata-kata mutiara dipercayai daripada Ustaz Azhar Idrus yang meminta orang ramai untuk jangan sibuk menjaga hal orang lain.

Dipercayai apa yang diluahkan oleh penyanyi berusia 31 tahun itu ekoran influencer terbabit pernah mengur penggunaan tatabahasa dan ayat digunakan oleh Baby Shima di TikTok.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd