Now Reading
[Video] Neelofa Sedia Jumpa Fazura, Intai Ruang Perdamaian Selepas Sengketa 13 Tahun

[Video] Neelofa Sedia Jumpa Fazura, Intai Ruang Perdamaian Selepas Sengketa 13 Tahun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengacara dan juga usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor telah menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan aktres, Nur Fazura bagi menamatkan sengketa di antara mereka yang telah berlarutan hampir 13 tahun.

Menurut Neelofa, dia sedia bertemu dengan selebriti tersebut untuk berdamai.

“Saya rasa kita kena letak titik noktah kepadanya, kerana apabila saya fikir semula perkara dah berbelas tahun. Takkan lah saya nak tunggu puluh-puluh tahun baru nak lakukan sesuatu. Perkara ini mungkin sudah berlarutan sekitar 13 ke 12 tahun.

“Saya fikir sekiranya saya diberikan peluang dan ruang untuk berdamai, berbaik dan meletakkan apa yang tidak menarik di belakang kami.

“Saya akan sambut dengan baik (berdamai), dan saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama. Saya rasalah Insya-Allah,” ujarnya dalam satu video dimuat naik oleh HibGlam.

Neelofa berkata demikian selepas ditanya oleh wartawan berhubung terdapat dakwaan ada akaun peminatnya yang menyindir rakan selebriti yang lain.

Sifatkan sekiranya diberi peluang berbaik ia boleh beri peluang yang baik kepada peminat

Menerusi video itu, isteri kepada pendakwah PU Riz berkata, ia dapat memberi kesan yang baik kepada peminat kedua-dua belah pihak sekaligus mengelakkan berlakunya insiden mengapi-apikan di media sosial.

Jelasnya, masing-masing juga telah mempunyai keluarga dan anak-anak serta mahu melangkah ke depan di dalam kehidupan, perniagaan dan banyak lagi.

Tak larat dengan ‘batu api’ netizen

“Kalau asyik kena batu api dengan netizen ni kita pun tak laratlah, sekiranya saya diberi ruang dan peluang, Insya-Allah saya sambut dengan baik. Sangat terbuka dengan hati yang lapang dan jiwa yang besar untuk meletakkan titik noktah.”

Ketika ditanya adakah dia penat untuk menjawab soalan berhubung perkara yang berlaku, bekas pengacara Meletop itu menyifatkan dia sangat penat dan ia seperti tiada penghabisan.

“Saya rasa kita orang tak ada apa-apa pun, dia pun tak ada cari pasal atau cakap apa-apa.

“Yang cakap lebih-lebih adalah orang di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dalam hidup kami, jadi sudahlah,” katanya lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd