Now Reading
Syed Saddiq Umum Lepaskan Jawatan Presiden MUDA Serta Merta

Syed Saddiq Umum Lepaskan Jawatan Presiden MUDA Serta Merta

Sehubungan itu, jawatan Presiden MUKA akan dipangku oleh timbalannya iaitu Amira Aisya Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman menerusi satu sidang media telah membuat pengumuman meletakkan jawatan sebagai Presiden parti MUDA secara serta merta.

Berita itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Muar tersebut sebaik mesyuarat khas dijalankan beberapa jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan beliau bersalah atas empat pertuduhan.

“Saya akan mengosongkan jawatan sebagai presiden Muda secara serta merta, sementara membersihkan nama melalui proses mahkamah,” ujar Syed Saddiq.

Sehubungan itu, jawatan terbabit akan dipangku oleh timbalannya iaitu Amira Aisya Abd Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa.

Tambah Syed Saddiq lagi, beliau tidak akan terlibat dalam politik MUDA sepanjang kesnya masih berjalan di mahkamah.

Mahkamah jatuhkan hukuman selepas Syed Saddiq didapati bersalah bagi 4 pertuduhan

Terdahulu pada pagi tadi (9 November) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan dua kali sebatan serta denda bernilai RM10 juta terhadap Syed Saddiq yang juga Bekas Menteri Belia Dan Sukan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas mahkamah mendapati Presiden Muda itu bersalah bagi empat pertuduhan yang didakwa terhadapnya.

Empat pertuduhan tersebut membabitkan salah guna harta, bersubahat melakukan pecah amanah dan pengubahan wang haram menggunakan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Hakim iaitu Datuk Azhar Abdul Hamid juga memerintahkan Syed Saddiq dijatuhi hukuman empat tahun sekiranya gagal membayar denda.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd