Now Reading
Polis Tahan Co-Founder Syarikat Penerbangan, Disyaki Terlibat Kes Pengubahan Wang Haram

Polis Tahan Co-Founder Syarikat Penerbangan, Disyaki Terlibat Kes Pengubahan Wang Haram

Difahamkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dilakukan hari ini (18 Oktober).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, 17 Oktober menahan seorang pengasas bersama (co-founder) sebuah syarikat penerbangan bergelar ‘Datuk’.

Selain lelaki berkenaan yang juga ahli lembaga pengarah syarikat tersebut, isteri dan anak lelakinya turut ditahan oleh pihak berkuasa.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketiga-tiga mereka ditahan bagi membantu siasatan bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

“Datuk berkenaan yang berusia 57 tahun bersama isteri, 55, dan anaknya, 26, ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada jam 5.30 petang,” kata beliau dipetik dari Bernama.

Difahamkan perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek akan dilakukan hari ini (18 Oktober).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd