Now Reading
PDRM Sahkan Pengasas Bersama MYAirline, Allan Goh Ditahan Direman

PDRM Sahkan Pengasas Bersama MYAirline, Allan Goh Ditahan Direman

Allan Goh yang juga Ahli Lembaga Pengarah MYAirline ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 17 Oktober lalu, polis telah bertindak menahan seorang pengasas bersama (co-fouder) serta pemegang saham sebuah syarikat penerbangan tambang rendah bersama isteri dan anaknya.

Penahanan ke atas lelaki berusia 57 tahun itu selepas dia disyaki terlibat dengan pengubahan wang haram.

Penahanan suspek untuk membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Baca artikel berkaitan: Polis Tahan Co-Founder Syarikat Penerbangan, Disyaki Terlibat Kes Pengubahan Wang Haram


Ahli Lembaga Pengarah syarikat penerbangan direman selama 4 hari

Hari ini (18 Oktober), polis memaklumkan pihaknya telah mendapat perintah tahanan reman terhadap suspek yang bergelar ‘Datuk’ bersama isteri dan anaknya selama empat hari sehingga Sabtu (21 Oktober).

Laporan mengenai perintah tahanan reman kesemua suspek itu turut disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman iaitu Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada hari yang sama.

“Permohonan reman ke atas tiga individu tersebut dilaksanakan pada jam 10 pagi di Lokap Berpusat Jinjang Kuala Lumpur,” jelasnya dipetik Astro Awani.


Polis sahkan Allan Goh Hwan Hua ditahan

Tidak lama kemudiannya FMT melaporkan, suspek yang ditahan adalah pengasas bersama MYAirline, Goh Hwan Hua atau turut dikenali sebagai Allan Goh. Perkara itu disahkan Ramli Mohamed kepada Sin Chew Daily.

Menurut Sin Chew Daily lagi, Allan Goh bersama isteri dan anaknya ditahan di kediaman mereka di Shah Alam sekitar jam 5.30 petang, 17 Oktober.

MYAirline Sdn Bhd pada 12 Oktober lalu mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.


Tular dakwaan ahli perniagaan terlibat aktiviti haram dan cuci duit guna syarikat penerbangan

Sebelum ini, tular di media sosial tentang seorang ahli perniagaan yang didakwa terlibat dengan aktiviti haram ini apabila menjadikan syarikat penerbangan tambah murah sebagai tempat ‘mencuci duit’.

Pendedahan itu turut mendakwa lelaki bergelar ‘Datuk’ itu juga memiliki syarikat lain yang juga terlibat dengan aktiviti penipuan.

Malah dia juga didakwa pernah diambil tindakan serta disiasat oleh beberapa pihak seperti:

  • Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Suruhanjaya Pencegahan
  • Rasuah Malaysia (SPRM)
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
    Suruhanjaya Syarikat Malaysi (SSM) serta polis

Sehubungan itu ramai mula mengaitkan kes berkenaan dengan Allan Goh.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd