Now Reading
foodpanda Memperjuangkan Pencegahan Pembaziran Makanan Sempena Hari Makanan Sedunia

foodpanda Memperjuangkan Pencegahan Pembaziran Makanan Sempena Hari Makanan Sedunia

pandamart bersama Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen bekerjasama memerangi pembaziran makanan selain menyokong masyarakat terpinggir melalui inisiatif sumbangan lebihan makanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


pandamart, kedai runcit foodpanda yang menawarkan kemudahan penghantaran barangan runcit terus ke pintu rumah dalam masa satu jam, telah membuat sumbangan bermakna untuk memerangi pembaziran makanan dan menyokong masyarakat terpinggir melalui inisiatif sumbangan lebihan makanan.

Dalam usaha berdedikasi untuk mengurangkan pembaziran makanan, pandamart telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen.

Dalam kerjasama dengan kedua-dua NGO itu sejak Februari tahun ini, pandamart komited untuk menangani isu lebihan dan pembaziran makanan, dengan menderma sejumlah 6,676 kg makanan – bersamaan dengan 16,486 hidangan.

Hasil segar seperti sayur-sayuran, yang akan dibuang selepas jangka hayatnya, adalah fokus utama inisiatif ini. Ini selaras dengan objektif Hari Makanan Sedunia – hari yang diadakan setiap 16 Oktober untuk menggalakkan kesedaran global tentang kelaparan dan keselamatan makanan.

Shintaro Matsuno, Ketua Bahagian pandamart berkata, “Sebagai platform penghantaran barangan runcit atas permintaan yang popular untuk pelanggan kami, kami cuba sedaya upaya untuk mengurangkan pembaziran dengan mengoptimumkan pesanan kami daripada pembekal lebih awal, menjejaki data stok kami dengan teliti dan meramalkan trend permintaan.

“Walau bagaimanapun, beberapa lebihan masih tidak dapat dielakkan, terutamanya dengan perlu memenuhi jangkaan pelanggan kami untuk produk segar dihantar ke depan pintu mereka. Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen dalam kerjasama jangka panjang untuk mengagihkan semula lebihan makanan kami yang masih dalam keadaan baik kepada mereka yang paling memerlukannya.”

Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 merekodkan bahawa 91kg sisa makanan di rumah dijana setiap tahun setiap orang di Malaysia, menjadikan negara kami ‘paling membazir’ di Asia Tenggara.

Laporan Tingkah Laku dan Kesedaran Sisa Makanan Rakyat Malaysia menyatakan bahawa hanya kurang daripada 10% rakyat Malaysia yang benar-benar memahami kesan sisa makanan terhadap planet ini.

Rick Chee, Pengasas di Food Aid Foundation berkata, “Kami berbesar hati kerana foodpanda Malaysia telah menyertai kami dalam misi kami untuk menyelamatkan lebihan makanan dan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan.”

Menurut Rick, perkongsian itu sejajar dengan visi Food Aid untuk mewujudkan dunia dengan pembaziran makanan yang berkurangan dan akses yang lebih baik kepada makanan berkhasiat.

“Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan syarikat quick-commerce jadi kami berharap ini akan membuka lebih banyak pintu pada syarikat lain yang mempunyai inisiatif yang serupa. Sepanjang perkongsian kami dengan foodpanda, kami telah berjaya menderma sejumlah 16,125 hidangan, dan kami berhasrat untuk terus memberi impak yang bermakna kepada kehidupan golongan yang memerlukan di Malaysia.”

Setakat ini, pandamart telah menyumbangkan lebih daripada 6,000kg hasil segar, barangan kering dan peralatan mandian kepada Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen. Di samping itu, proses pengagihan semula lebihan makanan diperkemas dengan penyertaan cawangan pandamart lain seperti di Mont Kiara, Subang, Setapak, KLCC, dan Cheras.

“Setiap pagi, kedai pandamart kami menilai kualiti hasil segar dan mengeluarkan barangan yang hampir jangka hayatnya. Mereka kemudiannya akan memberitahu pasukan di Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen tentang barangan tersebut. Kedua-dua pasukan, dengan kerjasama sukarelawan, mengumpul lebihan barangan ini dan memastikan ia diagihkan terus ke rumah kebajikan dan komuniti B40 di Projek Perumahan Rakyat (PPR)”, kata Shintaro

Sempena Hari Makanan Sedunia, foodpanda mengumumkan bahawa ia juga akan memperluaskan kempen derma lebihan makanan ke cawangan pandamart lain untuk memberi impak positif kepada lebih ramai komuniti.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd