Now Reading
Ahli Parlimen Tidak Lagi Dibenar Buat ‘Live Streaming’ Sewaktu Dewan Rakyat Bersidang

Ahli Parlimen Tidak Lagi Dibenar Buat ‘Live Streaming’ Sewaktu Dewan Rakyat Bersidang

Menurut Johari, sejak akhir-akhir ini jumlah Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di atas meja untuk melakukan Live di media sosial semakin meningkat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (16 Oktober) Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengeluarkan arahan tidak membenarkan mana-mana Ahli Parlimen untuk melakukan ‘Live Streaming’ (siaran langsung) sepanjang Dewan Rakyat bersidang.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini jumlah Ahli Parlimen memasang peranti seperti telefon bimbit di atas meja untuk melakukan Live di media sosial semasa berucap di sidang Dewan Rakyat semakin meningkat, malah tindakan itu turut disifatkan tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1).

Langgar Peraturan Mesyuarat 35 (1), Ahli Parlimen tidak dibenarkan buat siaran langsung dalam Dewan Rakyat

“Untuk makluman, Peraturan Mesyuarat 35 (1) mengkehendaki Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk mengarahkan sebarang ucapan kepada Pengerusi.

“Tindakan beberapa Ahli Yang Berhormat berucap dengan tidak mengarahkan (memandang) ucapan itu kepada Pengerusi dan memandang peranti yang dipasang jelas tidak mematuhi peraturan itu.

“Untuk memastikan Yang Berhormat mematuhi Peraturan Mesyuarat 35(1), saya dengan ini menetapkan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat tidak lagi dibenarkan untuk memasang sebarang peranti bagi membuat live streaming (penstriman langsung) dalam Dewan Rakyat,” ujarnya semasa bersidang.

Selain itu beliau berpendapat, Ahli Parlimen boleh menonton semula ucapan mereka menerusi YouTube rasmi Parlimen Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta media lain.

Larangan itu bagaimanapun telah mendapat perhatian Ahli Parlimen Beluran iaitu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki yang meminta agar perkara tersebut dipertimbangkan semula memandangkan ia merupakan perkembangan teknologi di masa kini.

Sifatkan Ahli Parlimen berkomunikasi dengan audiens di media sosial

“Saya kat (di) atas ini perhati dan nampak dia akan adjust (melaraskan) setengah jam dan bila dia berucap, dia bercakap dengan audiens jadi dia tak berbincang masalah rakyat dalam dewan tetapi dia komunikasi dengan audiens dia.

“Ini sangat teruk, sebab itu saya minta bila datang sini, Yang Berhormat harus menyelesaikan masalah dengan meletakkan keutamaan untuk rakyat,” jelasnya lagi.

Minta maklumkan kepada pihak jawatankuasa untuk dibincangkan jika tak puas hati

Selain itu beliau turut terbuka sekiranya Ahli Parlimen ingin berbincang bersama pihak jawatankuasa untuk menambah baik ketetapan yang telah diberikan.

“Apa-apa juga yang kita tak puas hati, kita ada jawatankuasa jadi bolehlah Yang Berhormat tulis (kepada) jawatankuasa akhirnya kita ubah pindaan mesyuarat.

“Tiada masalah kerana peraturan bukan saya buat tapi kita semula melalui satu jawatankuasa.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd