Now Reading
[Video] Telefon Meletup Gara-gara Dicas ‘Overnight’, Gadis Ini Kongsi Detik Cemas Bau Asap Tengah Tidur

[Video] Telefon Meletup Gara-gara Dicas ‘Overnight’, Gadis Ini Kongsi Detik Cemas Bau Asap Tengah Tidur

Ketika kejadian telefon meletup itu, kesemua penghuni rumah sedang nyenyak tidur. Namun, dia dikatakan terjaga daripada lena kerana menyedari bau asap.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah menjadi kebiasaan kebanyakan individu akan mengecas telefon bimbit pada waktu malam terutama sebelum masuk tidur.

Malah, ada segelintir yang gemar mengecas sambil menggunakan telefon bimbit sebelum meletakkannya di bawah bantal atau bahagian tepi katil.

Namun, tahukah anda perbuatan ini sebenarnya amat berbahaya hingga boleh menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku seperti kebakaran.

Telefon Meletup Ketika Dicas, Penghuni Sedang Tidur

Begitulah yang terjadi kepada seorang gadis apabila telefon bimbit milik adiknya meletup ketika mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur.

Insiden yang tidak diduga itu dikongsikan oleh gadis berkenaan melalui akaun TikTok @nurain.najiha. Menurutnya, itu merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di rumahnya.

Ketika kejadian, kesemua penghuni rumah sedang nyenyak tidur. Namun, dia dikatakan terjaga daripada lena kerana menyedari bau asap.

“Allahuakhbar, Allahuakhbar, sujud syukur Allah masih lindung kami sekeluarga.

“Bangun terjaga sebab bau asap satu rumah berkepul tak tahu punca, rupanya telefon bimbit adik meletup!” tulisnya menerusi video berkenaan.

Dakwa Telefon Dicas Overnight & Adik Suka Guna Telefon Ketika Sedang Cas

Tambah Najiha lagi, kejadian ini merupakan satu peringatan dan pengajaran daripada Allah buat mereka sekeluarga.

Ini kerana adiknya dikatakan sering mengecas telefon bimbit melebihi waktu yang sepatutnya, malah turut menggunakannya ketika peranti mudah alih itu sedang dicas.

“Mungkin cas overnight sebab dia memang tak dengar cakap, suka cas sambil tidur,main game semua.

“Kali ini, Allah dah tunjuk, Allah Maha Besar,” tulis gadis itu lagi.

Kejadian itu turut menyebabkan tilam milik adiknya terbakar hingga menyebabkan rumah dipenuhi dengan asap.

Adik Janji Tidak Mahu Ulangi Lagi

Memetik Harian Metro, adik gadis yang dikenali sebagai Muhammad Irfan Aiman itu dikatakan sudah serik dan tidak berani untuk mengecas telefon bimbit ketika sedang tidur.

 “Saya sudah serik untuk mengecas telefon bimbit ketika tidur dan buat masa ini tak berani nak tidur dalam bilik berkenaan kerana teringat apa yang berlaku,” katanya.

Malah, dia turut meluahkan rasa syukur kerana terselamat dan tidak berlaku kebakaran yang besar ekoran daripada insiden tersebut.

“Alhamdulillah, Allah lindungi saya cuma apa yang berlaku itu akan beri pengajaran buat saya untuk tidak mengecas telefon bimbit ketika tidur atau bermain dengannya ketika proses pengecasan,” katanya lagi.

https://www.tiktok.com/@nurain.najiiha/video/7272122532176628994?_r=1&_t=8fIjLIBhcZN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana mereka sekeluarga selamat daripada insiden tersebut. Ada juga yang menzahirkan rasa takut kerana turut melakukan perkara yang sama.

Namun, ada juga segelintir yang berkongsi langkah keselamatan agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini ketika sedang mengecas telefon bimbit.

Alhamdulillah Semua Selamat, Semoga Urusan Keluarga Dipermudahkan

Dahla Tengah Cas Sambil Main Telefon

Aku Sanggup Kunci Jam Untuk Bangun Tutup Suis Telefon

Saya Kalau Nak Cas Pun Kasi Penuh Dulu Sebelum Tidur

Jangan Cas Letak Atas Kain Atau Katil, Nanti Jadi Overheat

Sumber: TikTok, Harian Metro


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd